Inspirasi Dari Rancangan Hiburan Francais PRODUCE 101 | BLOG NIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Poster PRODUCE 101 musim ke 2 pada tahun 2017

Pada post ini saya nak bercerita mengenai sebuah rancangan hiburan francais yang merupakan inspirasi penubuhan AHB, iaitu PRODUCE 101. Mungkin tak ramai  yang tahu pasal ni tapi saya telah mendapat idea untuk menubuhkan sebuah akademi seni bagi melahirkan kumpulan penghibur pada tahun 2015 lagi. Tapi pada masa itu saya masih lagi tengah mengusahakan bisnes pertama saya. Jadi idea akademi tu saya jadikan ke bentuk projek komik dulu. Nama projek komik tu ialah Komik Akademi Houki Boshi.

Saya ringkaskan cerita

Pada tahun 2017, setelah merasakan yang bisnes pertama saya gagal..saya mengambil keputusan untuk berehat sementara dari dunia bisnes dan menumpukan sepenuh perhatian dengan menulis skrip komik & juga novel Akademi Houki Boshi (hebat kan…tak cukup dengan komik, novel pon aku nak sapu jugak lol)

Watak-watak dalam projek Komik Akademi Houki Boshi

Jadi diringkaskan lagi cerita, ketika menulis tu, saya sudah sampai satu tahap di mana saya sendiri keliru dengan sistem akademi dalam komik/novel tu.

Contohnya, macam mana pelajar yang berbakat dalam Akademi Houki Boshi tu boleh naik kelas berdasarkan kepada pencapaian mereka, macam mana pengajar nak nilai pencapaian pelajar, apa yang pelajar akan dapat bila naik kelas dan sebagainya.

Disebabkan ketandusan idea, maka saya pon mencari-cari la inspirasi yang boleh saya gunakan untuk menulis komik/novel tu nanti. Saya google untuk mencari inspirasi. Mula-mula tu saya menonton sebuah anime pasal sekolah seni ni (saya tak ingat dah nama anime-nya). Bila tonton anime tu, dapat dah gambaran sistem akademi, tapi macam masih tak cukup lagi. Jadi saya terus mencari-cari inspirasi yang lain.


Dipendekkan lagi cerita.


Pada suatu hari sekitar Mei 2017, ketika itu saya tengah sakan menonton video-video di feed instagram saya. Tiba-tiba sebuah video persembahan oleh sebuah boygroup melalui feed. Saya tonton la video tu sebab ada 2 orang rupa yang saya kenal dalam boygroup tu. 2 orang tu ialah ahli boygroup KPOP yang saya minat suatu masa dahulu iaitu NU’EST dan 2 orang ahli tu ialah Jonghyun dan Minhyun. Saya pon tertanya-tanya la, apa yang Jonghyun dan Minhyun ni buat dalam boygroup baru yang rata-rata ahlinya saya tak kenal tu. Jadi saya terus ‘menyiasat’ video persembahan itu.

Siasat punya siasat, baru la saya tahu yang boygroup dalam video persembahan tu bukanlah boygroup yang baru. Tapi mereka ialah pelatih-pelatih dalam sebuah rancangan hiburan berbentuk ‘survival’ untuk menghasikan sebuah boygroup KPOP yang baru DAN Jonghyun-Minhyun ialah antara pelatih dalam rancangan hiburan tu.

Inilah video persembahan yang tiba-tiba lalu dekat feed instagram saya tu, hehe

Ya.

PRODUCE 101.

Itulah nama rancangan hiburan survival tu dan pelatih-pelatih dalam video persembahan yang saya tonton hari tu pula ialah pelatih bagi musim kedua PRODUCE 101.

Dan bila dah siasat tu, mestilah saya terjumpa juga sumber di mana saya boleh menonton setiap episod PRODUCE 101 musim ke 2 ni kan. Maka saya pon tonton la setiap episod yang saya tertinggal sebelum ni (adalah dalam 5 episod jugak saya marathon hahaha).

antara adegan rancangan Produce 101 musim ke 2

Saya masih ingat lagi, hati saya berbunga-bunga masa mula-mula menonton episod 1.

Ini apa yang saya bayang-bayangkan sebelum ni pada tahun 2015 dulu. Sekumpulan anak-anak muda lelaki yang berbakat dalam bidang seni, bersama-sama belajar dan berlatih bagi mengasah bakat mereka supaya dapat mencapai impian menjadi seorang artis. Inilah inspirasi saya.

Pelatih Produce 101 yang segak memakai uniform ala-ala uniform akademi
Dah la segak, berbakat tinggi pulak tu dalam bidang seni..nak menangis saya melihatnya😭

PRODUCE 101 ialah inspirasi kepada idea awal saya iaitu untuk menubuhkan sebuah akademi seni bagi melahirkan kumpulan penghibur. Idea yang saya sudah bayangkan pada tahun 2015 lagi.

Watak-watak pelajar komik Akademi Houki Boshi pada tahun 2015
Pelatih-pelatih Produce 101 pada tahun 2019

Ironiknya ialah, PRODUCE 101 bermula pada tahun 2016. Setahun selepas tu.

Comel tak? Saya rasa macam nak menangis pulak ketika menaip ayat ini kekekeke

Okay, tapi nak tahu apa yang lagi comel? (sebenarnya kelakar, bukan comel lol) Bila saya tonton PRODUCE 101 tu, terus saya dah takde selera nak sambung menulis komik/novel Akademi Houki Boshi tu lagi hahahaha😂


Saya cakap pada diri sendiri yang ketika itu masih lagi dalam tempoh berehat dari dunia bisnes yang saya akan kembali semula..tapi kali ini bagi menjadikan idea asal saya menjadi satu kenyataan..iaitu untuk menubuhkan sebuah akademi seni bagi melahirkan kumpulan penghibur.

Jadi macam tulah Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB) beroperasi pada hari ini. Semuanya kerana inspirasi yang saya dapat dari sebuah rancangan hiburan francais survival yang bertajuk PRODUCE 101.

Logo baru selepas rebranding bulan 6 tahun lepas, hehe

Dan sebab itulah juga saya selalu cakap dekat mana-mana pon, hiburan ni kalau digunakan dengan betul, ianya boleh menjadi senjata yang dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. Dalam kes saya ini, saya jadikan PRODUCE 101 sebagai inspirasi dan kekuatan saya dalam membangunkan AHB. Walau macam mana susah sekalipon, saya akan tetap dapat terus berusaha apabila saya membayangkan pelatih-pelatih yang juga kuat berusaha dalam PRODUCE 101 tu.

Jadi itulah saja kisah, macam mana PRODUCE 101 ini menjadi inspirasi AHB. Dan disebabkan itu juga, lepas ni saya nak menulis BANYAK lagi post berkaitan PRODUCE 101. Dari sejarah sampailah kepada pelatih-pelatihnya.

Yelah, saya kan peminat orang yang berbakat dalam bidang seni hiburan. Selain dari Artis NIJI dan selebriti, saya juga sangat berminat nak menulis mengenai pelatih 🥰

Terutama sekali kerana PRODUCE 101 musim terbaru akan bermula tak lama lagi. Boleh juga saya mempromosikan pelatih-pelatih dalam musim terbaru ni, hihi..jadi itu saja!

Poster Produce 101 musim terbaru!

KESIMPULAN?

Kesimpulannya, tontonlah lagu tema PRODUCE 101 musim terbaru dekat bawah ni! Inilah kekuatan dan kebahagiaan saya sekarang, hahaha🤩

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *