Idea Akademi Berasal Dari Komik??

Assalamualaikum semua!

Mesti tengah sibuk bersiap-siap untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma lagi beberapa hari lagi ni kan? hehe

Baiklah, admin pon tak nak cerita panjang sangat artikel kali ini sebab admin pon dah nak bercuti seminggu sempena Syawal ni, haha


Okay, dalam post ini admin mahu berkongsikan mengenai kaitan AHB dengan projek komik tajuk yang sama, iaitu ‘KOMIK AKADEMI HOUKI BOSHI’.

           

Oh ya, komik yang admin maksudkan di sini ialah komik yang anda boleh dapati pada ruangan ‘KOLEKSI KOMIK NIJI’ tu😉.

Baik, ceritanya begini. Sebenarnya impian untuk membina sebuah akademi seni untuk melahirkan kumpulan penghibur berbakat sudah lama dilahirkan oleh pengasas AHB iaitu Sidonia Locke.

Disebabkan pada ketika itu, beliau sedang sibuk dengan projek bisnesnya yang lain (oh, yang mana projek bisnes tu tak menjadi, haha) dan juga sibuk dengan kerja utamanya sebagai seorang guru sekolah. Jadi beliau tak mampu untuk mengusahakan ideanya itu.

Tapi, entah macam mana, beliau terfikirkan untuk memulakan akademi melalui komik terlebih dahulu. Dengan harapan, supaya orang ramai lebih faham konsep akademi melalui komik itu. Jadi dah mudahlah bila dia nak bangunkan akademi nanti. Naif sangat Sidonia Locke ni kan..bukan semua orang baca komik pon 😂

Jadi, projek komik pon dimulakan pada penghujung 2015 dengan 2 versi komik akademi dikeluarkan (anda boleh dapati 2 versi komik ini pada tab KOLEKSI KOMIK NIJI itu juga). Malah kalendar khas komik akademi juga turut dijual pada tahun 2016.

Pelukis bagi kedua-dua versi juga sangat berbakat, tapi atas beberapa faktor, projek komik ini terpaksa ditangguh apabila SL membuat keputusan untuk berhenti sebentar daripada meneruskan bisnesnya yang terdahulu pada Mac 2017 (kerana dianggap sebagai gagal, haha) dan beliau hanya mahu terus menulis skrip komik, kerana padanya impian untuk menubuhkan akademi seni itu adalah jauh lebih penting.

Semasa dalam proses menulis komik pula, beliau berhadapan dengan beberapa kesukaran.

Baiklah, apa kesukaran tu, nanti admin akan sambung pada post akan datang ya. Ini pon dah panjang, haha.


Di kesempatan ini juga admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam yang menyambutnya! Raya kali ini berbeza, tapi ianya lebih berharga, betul tak? hehe..bersyukurlah kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambutnya ya😉

Sekian saja, assalamualaikum! 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *