HERO |CERITA ARTIS #3

Assalamualaikum

HERO. Saya rasa setiap orang mesti ada hero masing-masing, betul? Bagi sesetengah orang mungkin hero mereka ialah ayah, suami, adik-beradik atau anak-anak. Bagi sesetengah orang pula mungkin ialah watak fiksyen superhero macam Superman, Batman, Spiderman…atau The Hulk (lol). Bagi sesetengah orang pula, hero mereka ialah pemimpin terkenal atau orang-orang kenamaan macam Nelson Mandela, Bill Gates, Jack Ma atau pemimpin agung kita Rasulullah S.AW.

Jack Ma, orang terkaya di China

Pada saya walau siapa pon hero kita, yang penting ialah macam mana kita mendefinisikan maksud ‘HERO’ itu sendiri dan kemudian barulah kita boleh pilih ATAU fikir yang individu atau kumpulan orang-orang tertentu ialah hero dalam hidup kita. Itu pendapat saya. Sebab saya tahu, bila saya bagitahu siapa hero saya, orang akan mempersoalkan pula dengan soalan-soalan sinis macam, ‘oh, jadi diorang ni lagi hebat dari Rasulullah S.A.W la ye pada kau?’, ‘wow, tingginya darjat diorang ni eh? lagi tinggi daripada keluarga kau sendiri?’ dan sebagainya.

Pertama sekali, Rasulullah S.A.W dan keluarga saya adalah dalam kumpulan berbeza yang juga berharga dan penting dalam hidup saya. Hero juga penting dalam hidup saya. Macam karbohidrat & protein, walaupun fungsi kedua-dua unsur ini berbeza tapi dua-dua pon sama penting untuk tubuh badan manusia kan? Takde dua-dua ni mahu pendek umur manusia itu 😉

Berbalik kepada definisi ‘HERO’ itu sendiri. Pada saya, secara peribadinya, ‘HERO’ ialah kumpulan orang-orang yang banyak menyelamatkan saya ketika saya melalui saat-saat yang sukar dalam hidup, DAN juga mereka yang banyak menggembirakan saya.

Setelah banyak berfikir dan mengenang kembali keadaan saya sebelum-sebelum ini, baru saya sedar yang kumpulan orang ini banyak membantu, menggembirakan dan menaikkan semangat saya untuk terus berjuang dalam hidup. Sebenarnya sejak zaman saya remaja lagi mereka dah mula wujud dalam hidup saya, haha. Saya ingatkan mereka ni cumalah kumpulan lelaki kacak yang pandai menari dan menyanyi dan sebab itulah saya minat dengan mereka. Sikit pon saya tak jangkakan yang mereka ini akan jadi sebahagian besar dalam hidup saya.

Wanna One, antara idol boygroup kesukaan saya

Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa mereka.

Ya, hero saya ialah ‘boygroup’ atau lebih tepat lagi ‘idol boygroup’ atau kumpulan idola lelaki. Mereka ini banyak menyelamatkan dan menggembirakan hidup saya sejak dari zaman remaja sampailah sekarang. Saya tahu bila saya sebut perkataan ‘idola’ pon, kebanyakkan orang akan melenting kononnya tak elok meng’idola’kan seseorang.

Meng’idola’kan seseorang terutamanya golongan artis lelaki tidak semestinya memesongkan akidah seseorang. Dan sekiranya akidah seseorang itu terpesong, ianya bukan salah pihak kedua atau ketiga, tetapi salah individu itu sendiri. Pada saya, ini juga adalah sebahagian daripada perjuangan hidup saya iaitu untuk mengubah perspektif masyarakat kepada idol boygroup ini. Saya mahu membuktikan yang idol boygroup ini, jika diuruskan dan dididik dengan betul, mereka ini boleh menjadi pemimpin yang boleh memberikan impak positif kepada dunia.

Bukti pon dah ada macam yang ditunjukkan oleh BTS. Sebenarnya banyak lagi idol boygroup lain yang juga banyak menyumbang kepada perkara-perkara yang hebat dan bermanfaat kepada masyarakat. InsyaAllah saya akan banyak menulis mengenai idol boygroup ini setiap minggu mulai sekarang

Saya aim untuk menjadi orang penting dalam industri hiburan dengan kepakaran dalam penghasilan dan pengurusan idol boygroup. Inilah cara saya untuk membalas semua kebaikan dan jasa idol boygroup ini dalam hidup saya. I love them so much.

Hero saya ialah boygroup jadi secara umumnya saya minat semua boygroup, tapi dalam JPOP & KPOP saja la hahaha. Dan dalam banyak-banyak boygroup ni, ada satu boygroup yang sangat bermakna dalam hidup saya iaitu sebuah boygrop JPOP yang dipanggil JO1. Saya rasakan yang saya tidak berjuang seorang diri dalam mengejar impian saya sebab di samping saya ada lagi 11 orang lagi yang sama-sama berjuang mengejar impian mereka dan kami berada dalam perjalanan yang sama. It’s really a nice feeling.

JO1, cinta hati saya sekarang haha..actually the best idol boygroup 🙂

Terima kasih kepada JO1, saya rasa mutu kerja saya juga semakin lama semakin baik. Syukur Alhamdulillah.

Tengok, inilah kesan idol boygroup dalam hidup saya. Is it bad? No, right? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *