Hasil Kaji Selidik Peratus Peminat Jepun & Korea Selatan di Malaysia | Dapatan Kajian AHB

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua yang membaca post ini.

Buat pengetahuan, AHB ada mengadakan satu kaji selidik mengenai PERATUS PEMINAT JEPUN & KOREA SELATAN DI MALAYSIA pada 6 Julai yang lalu. Sehingga ke hari ini, ada 88 responden yang telah menjawab soalan kaji selidik tersebut dan hasil kajian mendapati peratus peminat Jepun & Korea di Malaysia adalah seperti di bawah.

Dapat dilihat majoriti responden adalah dari kalangan remaja dan 20-an. 44.3% adalah merupakan peminat Jepun.

Kajian juga mendapati secara keseluruhannya rakyat Malaysia tiada masalah dengan negara Korea, cuma kurang berminat dengan peminat negara itu saja yang kebanyakkannya bermasalah, sepertimana yang boleh dilihat pada jawapan-jawapan bagi soalan di bawah :


Soalan:

Apa pendapat anda dengan orang Malaysia yang terlalu meminati Korea Selatan?

Jawapan:

๐Ÿ”บTidak salah untuk meminati negara tersebut, mainly sebab group k-pop. Cuma apabila ia mencapai tahap keterlaluan, ia akan memudaratkan mental orang Malaysia. Terutamanya sikap mengagung2kan satu atau sekumpulan artis, tidak mampu menerima pandangan orang lain terhadap idol mereka, ataupun terlalu taksub sehingga membuang masa dn wang utk idol tersebut. Kebahagian dan kegembiraan golongan ini bergantung kepada idol mereka, hal ini amatlah bahaya. Ketaksuban ini telah dikupas oleh pelbagai golongan intelektual. Konklusinya “moderation” adalah kata kunci bagi mengelak sifat ‘meminati’ menjadi ‘malapetaka’

๐Ÿ”บJangan terlalu fanatic

๐Ÿ”บBergantung pd cara mereka mengekspresi minat tersebut. Terlalu minat x ada masalah asalkan tidak overreact (^_^’)

๐Ÿ”บPendapat saya, org Malaysia yg terlalu meminati Korea Selatan adlh tidak salah, kerana mereka akn cuba mempelajari bhsa Korea Selatan ataupun mencuba utk memasak sendiri mknn Korea dan boleh dijadikan sbg hobi baru mereka. Yg salahnya apabila terdpt segelintir rakyat Malaysia yg terlalu obses dgn korea terutamanya kumpulan kpop sprti BTS sehingga ada yg mengikuti “kelab agama bts” yg viralยฒ pda msa kini sehingga mengabaikan tanggungjwb mereka sbg seorg Islam dan sanggup melawan balik terhdap teguran org lain utk meng”back-up” artis kesygn mereka.

๐Ÿ”บGood thing sbb benda niyh tak membawa effect yg baikk kepada orang malaysia seperti tidak terjebak dengan maksiat dan jauhi dari perkara yg buruk

๐Ÿ”บWell. Minat jangan sampai sembah

๐Ÿ”บMinat boleh jangan terlebih2

๐Ÿ”บSelalunya sebab selebriti. Tolong jangan terlampau taksub

๐Ÿ”บminat itu hak individu cuma kena kawal

๐Ÿ”บSaya rasa kita kena hormati minat mereka selagi tidak melampaui batas.

๐Ÿ”บminat jgn smpai ketepikan agama

๐Ÿ”บSye akan suruh org malaysia yang terlalu meminati korea selatan ialah “support tempatan”

๐Ÿ”บPada pendapat saya,saya risau dengan mereka. Saya risau dengan mereka. Terlalu taksub hampir melupakan keluarga dan adik beradik sendiri. Contohnya seperti kes agama K-POP tu and then mmg byk fake company yg kata ada uji bakat that can lead to human trafficking

๐Ÿ”บSaya tiada masalah cuma tidak suka pada orang Malaysia yang terlalu mengidolakan penyanyi dan pelakon di Korea Selatan terlalu fanatik. Mereka menganggap orang Korea Selatan yang mereka idolakan itu lebih baik dari negara lain


Terima kasih kepada yang telah mengambil bahagian dalam kaji selidik ini. Ianya banyak memberikan maklumat supaya kami dapat menjalankan tugas kami dengan baik iaitu untuk menjadi penghubung 3 negara timur iaitu ; Malaysia, Jepun & Korea Selatan.

Kami juga harapkan agar perkongsian di platform-platform media dan juga program-program kelab kami dapat membantu mengingatkan rakyat Malaysia yang meminati negara Jepun & Korea Selatan agar dapat mengawal minat mereka tanpa terpengaruh dengan anasir tidak elok dan masih lagi terus berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Menerusi program-program kelab juga kami mahu memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mempromosikan Malaysia di negara Jepun & Korea menerusi minat yang mereka ada.

Adakah anda sudah mengambil bahagian dalam kajiselidik ini? Jika belum, boleh klik link ini untuk menjawab soalan! Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan!๐Ÿ˜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *