Hari Valentine di Jepun – KAMAL ZHARIF

Oh, lupa hari ini Hari Valentine.
Kalau di Jepun, ia lain sedikit dan ada beberapa orang Islam boleh faham dari budaya Jepun.
Apabila tiba hari Valentine, golongan perempuan akan berikan hadiah kepada kaum lelaki.
Pemberian hadiah adalah dalam bentuk coklat.
Pemberian hadiah tidak semestinya kepada kekasih sahaja, tetapi diberikan kepada rakan sekerja lelaki yang lain. Kawan lelaki pun diberikan selagi dikenali.
Budaya barat diterap dalam budaya Jepun dan ia jadi perkara yang menarik perhatian orang Jepun. Dari sudut pandangan orang Jepun, ia merupakan cara untuk mendapatkan duit juga kerana adanya urusan jual beli.
Ada beberapa kategori hadiah yang perempuan akan berikan:
Giri Choko
Ini bermaksud ‘obligation chocolate’.
Orang yang layak menerimanya ialah rakan sekerja, ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Selalunya coklat jenis sedemikian adalah sedikit murah. Pemberian hadiah bukannya sebagai tanda hubungan romantik.
Honmei Choko
Ok, ini mempunyai unsur romantik dan hanya diberikan kepada pasangan. Coklat yang dibeli selalunya ia berharga sedikit mahal dan berkualiti tinggi.
Selain itu ada lagi beberapa jenis hadiah seperti:
Tomo Choko : hadiah diberikan kepada rakan perempuan yang lain.
Jibun Choko: beli untuk hadiah diri sendiri.
Gyaku Choko: Hadiah yang dibeli oleh lelaki dan diberikan kepada perempuan.
Jadi, bagi penganut muslim, seandainya anda menerima hadiah dari rakan sekerja perempuan, terima sahaja. Tambahan lagi, budaya pemberian hadiah sudah tertanam dalam di hati masyarakat Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *