Pernyataan selebriti Jepun membuatkan dia terpaksa berundur.
Tahun lepas, seorang selebriti Jepun yang mempunyai 5.3 juta follower Instagram terpaksa berundur dari aktiviti industri hiburan.
Ia berikutan dari serangan peribadi terhadap pemilik bisnes bubble tea.
Skandal yang dimaksudkan adalah membuat ancaman dan menuduh pemilik kedai bubble tea bahawa kakaknya tidak dibayar gaji.
Kesannya:
– Reputasi kedai mula hancur.
– Kedai bubble tea menerima kritikan bertubi-tubi dari peminat selebriti Jepun tersebut.
– Dalam media sosial, kedai tersebut mula menerima mesej yang kesat dari orang ramai.
Lebih teruk lagi, ada seorang dari Twitter mula mengeluarkan ‘mesej ancaman’ oleh selebriti tersebut. Mesej itu memberikan gambaran bagaimananya sifat ‘asal’ selebriti itu sebelum memasuki industri hiburan.
Ia merupakan mesej yang menggunakan perkataan yang kurang enak didengar, sepertinya mesej ancaman dari gengster kerana mempunyai kuasa dan pengaruh.
Rupanya itu merupakan tuduhan yang salah.
Netizen media sosial melihatnya sebagai salah satu bentuk pembulian. Akibat kesilapan yang terbuat, pelbagai program realiti di mana selebriti itu terlibat mula menyingkirkannya.
Dari itu juga, selebriti tersebut membuat keputusan untuk berundur diri dari sebarang aktiviti industri hiburan.
Begitulah penangan industri di Jepun. Di Jepun, kebanyakan selebriti berdaftar di bawah talent agency. Walaupun seseorang artis mempunyai nama besar dalam dunia industri, sedikit dari perbuatan silap boleh menghancurkan periuk nasi ramai orang.
Tiada lagi terus berlawan antara siapa benar atau siapa silap. Kesilapan itu dilihat ramai orang dan ini secara langsungnya menjatuhkan nama seseorang artis itu sendiri.
Bagi kita, apabila adanya kritikan ataupun ada orang mengata kita, nasihat dari guru bisnes adalah ini:
– Ketap bibir.
– Lihat mana yang boleh diperbaiki.
– Jalan terus.
Apabila mula berlawan dan hilang pertimbangan emosi, ayat-ayat yang disusun dalam media sosial akan hilang keindahannya.
Contohnya ini yang akan berlaku apabila emosi terpaksa dilayan:
“Orang tu bertudung je lebih, tapi perangai macam apa.”
Alih-alih nama sendiri akan terpalit.
Moga kita sentiasa terpelihara dari ujian sebegini.
Moga yang terkena ujian tersebut, didoakan supaya sentiasa diperkuatkan jiwa.
Amin, amin.
sumber foto: https://thetv.jp/news/
Artikel ditulis oleh KAMAL ZHARIF KAMALUDIN untuk JOM P JAPAN