Assalamualaikum
Lama tak berupdate blog gara-gara telinga, haha..Tapi pada 18/11/2020 saya sudah berjumpa doktor pakar dan Alhamdulillah sakit telinga dah takde lagi! Syukur sangat-sangat. Jadi dah boleh la aktif bekerja skg😁
Lagi pula akademi sudah selesai dengan proses yang perlu dilalui pada tahun pertama, iaitu ‘MENGHASILKAN RANGKA’, jadi skg sedang bersedia pula untuk memasuki proses yang seterusnya iaitu ‘MEMBINA TAPAK’.
Hahahaha, terma ni sebenarnya saya yang buat sendiri berdasarkan pemahaman dan pengalaman yang saya lalui sendiri sejak akademi rasmi beroperasi pada 1/1/2020 yang lepas🤭
Bagi memudahkan penjelasan, saya buat lakaran macam dalam gambar di bawah, manalah tahu mungkin berguna kepada sesiapa yang nak buat bisnes inovasi yang belum ada orang buat lagi kan..hehe

Jadi proses yang perlu dilalui pada tahun pertama bisnes ialah untuk ‘MENGHASILKAN RANGKA’. Ada 5 elemen yang penting dalam proses ini iaitu ; IDENTITI, SISTEM, STRUKTUR, HALATUJU & RANGKAIAN.
Mungkin saya akan jelaskan dengan lebih mendalam lagi mengenai 5 elemen ini pada post-post akan datang, InsyaAllah. Yang penting, alhamdulillah, saya selesai dengan kelima-lima elemen dan mencapai objektif iaitu dapat melihat dengan jelas ‘hasil akhir’ bangunan akademi yang akan dibina dalam masa 15 tahun.
Jadi sekarang saya sedang bersedia pula untuk memasuki proses kedua iaitu ‘MEMBINA TAPAK’. Proses ini saya jangka akan mengambil masa selama 2 tahun sebelum boleh mencapai objektif iaitu untuk menguatkan tapak dengan mendapatkan sejumlah dana, pasukan yang berdedikasi dan rakan kerjasama yang aktif memainkan peranan. Ada 3 elemen yang diperlukan dalam proses kedua ini iaitu DUIT, PASUKAN & RAKAN KERJASAMA.
