Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca blog ini 😄
Pada post kali ini saya ingin menerangkan mengenai fokus Akademi Seni & Media Houki Boshi pada tahun 2021. Mungkin ada yang nampak saya buat banyak benda untuk akademi. Memang pon, hahaha. Tapi, tetap berfokus. Saya tahu apa yang saya buat dan semuanya terancang.
Jadi untuk memudahkan penerangan, saya dah buat gambarajah di bawah. Ini sebenarnya ialah ringkasan kepada struktur akademi. Nak tengok struktur akademi secara keseluruhannya, boleh la klik link ini, hehe.

Okay! Saya teruskan!
Untuk memudahkan pengurusan supaya akademi boleh mencapai matlamat, saya telah bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu KUMPULAN PENGURUSAN INDUK dan KUMPULAN PENGURUSAN NIJI.
Kumpulan Pengurusan Induk terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Kedai Online IIKANJI, Kelab Peminat Jepun, Kelab Peminat Korea, Kelab Peminat Malaysia dan Kelab Tori Tori. Manakala Kumpulan Pengurusan NIJI pula terbahagi kepada 6 bahagian iaitu Kelab Peminat Seni, Kelab Peminat Artis, NIJI BUZZ, Kumpulan Artis NIJI, Program Latihan Bakat NIJI dan Platform Media NIJI.
Okay, kalau tengok pada gambarajah, yang kotak berwarna kuning tu ialah fokus akademi pada tahun ini. Jadi kalau perasan, sebahagian besar kotak yang berwarna kuning ialah di bawah Kumpulan Pengurusan NIJI. Bersebab. Kenapa? Sebab AHB ialah sebuah akademi seni dan media, jadi masuk akal la kalau saya fokus lebih kepada bahagian akademi yang melibatkan seni dan media kan? Ya betul, amacam? SAYA GENIUS TAK??? Okay, bergurau haha.
Sebenarnya kerja-kerja untuk bahagian Kumpulan Pengurusan NIJI ni pon sebenarnya dah cukup banyak. Tapi sebab saya sangat minat dengan bahagian seni dan hiburan, jadi takde banyak masalah untuk saya menguruskan. Cuma kena pandai uruskan masa saja la.
Oh ye! bagi Kumpulan Pengurusan Induk pula, saya akan fokus dulu kepada Kelab Peminat Jepun pada tahun ini.
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya tak nak fokus saja kepada Kumpulan Pengurusan NIJI? Kumpulan Pengurusan Induk tu nanti-nanti la boleh buat. TAK BOLEH. Kenapa? Sebab saya perlu menunjukkan kepada orang ramai, macam mana AHB ini boleh MENGHUBUNGKAN antara Malaysia dengan negara Jepun dan Korea Selatan melalui pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang seni hiburan. Sebab tu saya perlu aktifkan dulu Kelab Peminat Jepun pada tahun ini, supaya sekurang-kurangnya orang boleh faham misi akademi. Nanti dah mudah la juga bila saya nak aktifkan Kelab Peminat Korea dan Kelab Peminat Malaysia pada tahun hadapan InsyaAllah.
Ah ya, satu lagi..mesti ada yang mempersoalkan, kenapa saya tak nak wujudkan tim pengurusan sendiri kalau tahu kerja banyak. BERSEBAB sebenarnya.
AHB ialah sebuah akademi yang baru di Malaysia. Belum ada lagi akademi yang menjalankan misi dan visi yang sama seperti AHB sebelum ini. Model bisnes sedia ada juga tidak ada. Jadi macam mana saya nak bentuk tim pengurusan sendiri kalau ramai yang tak faham lagi AHB ni apa. Kan? Masuk akal tak?🤭
Dan sebab itulah, sebagai seorang pengasas kepada sebuah bisnes inovasi seperti AHB, banyak yang saya perlu lakukan pada peringkat awal ini untuk bagi orang faham apa itu AHB. Bila ramai orang dah faham, nanti mudah la untuk saya bentuk tim pengurusan sendiri. Malah mereka yang berada dalam tim pengurusan nanti juga ialah orang yang tidak kisahkan tentang duit sebab mereka nampak ialah apa yang AHB perjuangkan. Iaitu untuk memartabatkan golongan berbakat dalam bidang seni dan mereka yang berada dalam industri seni hiburan kerana mereka ini juga boleh menjadi penghubung yang berkesan antara 3 buah negara, seterusnya dapat mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat antarabangsa.
Penat memang penat sebab buat banyak benda, tapi takpe la. Peringkat permulaan kan. Ini pon saya dah bersyukur sebab saya dah berjumpa dengan ramai rakan kerjasama, pelatih dan artis, jadi takde la terlalu membebankan. Yang penting, saya tahu dan saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. Syukur Alhamdulillah.
Jadi itu saja kali ini! Saya doakan sesiapa yang membaca post saya ini sentiasa diberkati oleh-Nya. Kalau yang ada impian tu, teruskan berjuang ye. Buat sampai tercapai apa yang diimpikan. GANBATTE!