
Pada Ogos yang lepas, kumpulan rock LAMP IN TERREN telah mengumumkan untuk menghasilkan rekod studio terbaru mereka yang diberi judul, ‘FRAGILE’ pada 14 Oktober 2020.
Dengan tarikh yang semakin menghampiri, mereka telah memuatnaik video muzik bagi track utama mereka iaitu ‘EYE’ di channel youtube mereka.
Video yang diarahkan oleh Gen Natsume ini telah menggabungkan aksi persembahan dan juga babak lakonan yang dibintangi oleh pelakon Shugo Nagashima. Dikatakan babak ini dirakamkan menggunakan drone.
Trailer bagi album ‘FRAGILE’ ini juga boleh didapati pada video muzik seperti mana di bawah.