Dessert Jepun Berusia 1000 Tahun | JAPPON

  • 1. Sediakan fryer pan yang lebar, cepat sedikit nak hasilkan kejadian 'So'. Nak tahu berapa banyak susu, 900ml boleh buat 1 orang puas hati makan.

Sekarang ini nak beritahu buat resepi dessert Jepun berusia 1,000 tahun lamanya. Kalian boleh ikut caranya satu persatu, insya-Allah boleh nampak kejadiannnya. Nama dessert itu ialah ‘So’蘇. Ketika era Hei-an (794-1185) sejarah beritahu So mencapai tahap paling popular.

Cuma sejarahnya balik kepada era Asuka yang bermula pada tahun 538. Junjungan besar kita pun belum lahir lagi. Rekod era Hei-an memberitahu ia sangat popular dengan orang kelas atasan. Bahannya mudah sahaja iaitu susu. Ya, hanya susu sahaja. Gula atau apa benda yang lain tidak perlu.Saya pun tak sangka, dengan susu kejadiannya boleh jadi bahan pepejal yang boleh dimakan’So’ ini rasa sedikit crispy, teksturnya berserbuk. Kalau masuk ke mulut, kalian boleh tahu ia macam manis sedikit dan ada feeling macam kaya dengan keju.

Setakat ini ‘how-to-do’ tidak dijumpai oleh mana-mana ahli sejarah, tetapi asasnya telah ditulis dalam Engishiki, buku Jepun yang tertulis undang-undang dan adat-adat ketika zaman itu. Nak tahu apa yang ditulis? Ini:- Sambil mendidihkan susu, sambil mengacaunya. Itu sahaja, tiada benda lain. Cuma, teruskan tengok 8 gambar satu-persatu kerana kalau tersilap boleh terpaksa merasa kejadian yang kurang sedap. 8 peringkat yang ditunjuk inilah menjadi sebab mengapa dessert ini hanya dinikmati oleh golongan atasan orang Jepun zaman dulu. Rakyat biasa memang tak makanlah.


By the way, lepas habis PKP cubalah datang Jepun. Mungkin di situ jadi faktor pendorong kalian melangkah ke depan lagi. Ketika waktu PKP sekarang, kalian juga boleh tengok vlog tempat yang ramai orangnya sendiri jarang datang, namanya Tohoku:

episod 1Kenapa orang Malaysia kena ke Tohoku?
episod 2Nampak macam bosan pergi Tohoku, tetapi…
episod 3Apa yang perlu buat kalau kena pergi ke kuil Jepun?
episod 4Snek rare Jepun yang DIY dan ia ada di Tohoku


Artikel ditulis oleh Kamal Zharif bin Kamaludin. Kenali Kamal dengan lebih dekat lagi di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *