Data Peminat Hiburan Negara Jepun (Setakat 1 Feb 2021) | JAPPON

Pada 28 Januari 2021, Akademi Seni & Media Houki Boshi telah mula menjalankan satu kajian selidik bagi mendapatkan data peminat hiburan negara Jepun di Malaysia. Di bawah ialah hasil dari kajian selidik bersama 163 orang responden setakat 1 Februari 2021 .

  • Responden terdiri daripada 113 orang lelaki & 50 orang perempuan


Di bawah ialah antara jawapan responden yang boleh dikongsikan

Mengapa anda mahu lebih ramai orang Malaysia meminati hiburan negara Jepun?

🔸 Best

🔸 Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai budaya, sosial orang Jepun

🔸 Hiburan negara Jepun juga sama kreatif dan menarik seperti negara lain
komedian jepun mempunyai gaya komedi yang agak unik, menarik dan penyampaian lawak yang ‘sampai’, dengan kata lain secara jujurnya adalah lebih baik berbanding tahap komedi di malaysia yang masih kerap mengamalkan konsep recycle sehinggakan lawak sudah menjadi hambar dan ‘cringe’ dimata penonton yang sudah terbiasa dengan gaya komedi luar negara ini.

🔸 Untuk membuang persepsi negative masyarakat terhadap hiburan negara jepun…

🔸 Untuk seiyuu, penyanyi, idol jepun boleh datang Malaysia buat show
Hiburan di negara Jepun lebih membuka minda dari segi tema yang ingin disampaikan dan kebanyakkan hiburan negara Jepun ini tidak hanya hiburan semata-mata

🔸 Saya adalah peminat manga dan anime jepun. Dr sekolah rendah, adalah sgt sukar untuk mencari sahabat utk berbincang tentang manga dan anime, terutamanya perempuan. Saya mahu lebih ramai org menonton anime yang bagi saya banyak memberi kesan positif pada jati diri seperti tidak mudah putus asa, menjadi sumber motivasi dan juga info baru. Hiburan negara jepun juga boleh menjadi titik permulaan untuk belajar bahasa jepun.

🔸 Menguatkan fanbase

🔸 Ia menawarkan sudut pandang kehidupan Yang berbeza

🔸 Sesetegah idealogy dan tema dalam industri hiburan jepun menyentuh sudut yang jarang dibincangkan dalam hiburan tempatan.

🔸 Supaya rakyat malaysia tahu mcm mana kreatifnya jepun buat cerita

🔸 Boleh bertukar buah fikiran antara budaya

🔸 Supaya lebih banyak hiburan negara Jepun dapat dihargai oleh lebih ramai orang

🔸 Boleh mengadaptasikan unsur kreatif hiburan Jepun, dan di masukkan serba sedikit tetapi mengikut acuan malaysia

🔸 Rancangan TV mereka sangat kreatif & penuh info, bukan hiburan semata

🔸 Untuk mendidik masyarakat tentang bagaimana untuk menjadi masyarakat yang kreatif, berintegriti, berinovasi dan kuat jati diri.


Kajian selidik ini juga dibuat bagi mencari admin dan penulis hiburan negara Jepun Akademi Seni & Media Houki Boshi. Responden yang telah meninggalkan nombor whatsapp akan dihubungi dalam masa terdekat ini bagi menyertai program latihan bakat sebagai penulis.

Kajian selidik ini masih lagi dibuka! Bantu kami dengan berkongsikan kajian selidik ini bersama dengan rakan-rakan anda yang meminati hiburan negara Jepun juga ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *