Dari Peminat Kepada Selebriti – Menghubungkan 3 Negara Timur

Bukan mudah bila kita memulakan satu bisnes dengan konsep baru yang belum pernah dibuat orang sebelum ni. Banyak ‘trial & error’ yang perlu dibuat untuk menghasilkan sesuatu penerangan yang boleh buat orang ramai faham bisnes yang dibuat. Dan rasanya itulah apa yang akan terus saya buat pada fasa pertama bisnes ni. Yelah, AHB pon baru tahun kedua. Masih banyak lagi yang perlu diusahakan supaya ramai orang ‘buka mata’ dengan apa yang saya buat.

Apapon Alhamdulillah, minggu lepas saya sudah berjaya hasilkan satu lagi penemuan untuk memudahkan ramai orang faham mengenai AHB! Jadi penemuan tu saya sampaikan dalam bentuk di bawah! πŸ‘‡

Dalam penemuan ni saya menerangkan mengenai 6 golongan “tenaga manusia dan bakat” yang dihasilkan oleh akademi yang dapat menghubungkan antara Malaysia, Jepun & Korea Selatan. Setiap golongan ini juga memainkan peranan yang penting.

Jadi lepas ni saya akan banyak bercakap pasal 6 golongan ni jugalah dalam page dan blog saya, haha. Dalam pada masa yang sama saya akan terus berkongsi pasal penemuan dengan ramai orang. Jadi itulah saja perkongsian saya mengenai perkembangan akademi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *