DAH BOLEH FOKUS DEKAT BIDANG KEPAKARAN..SENI!🤩 | BLOG NIA #14

Assalamualaikum 🥰 

Alhamdulillah hari ni dah masuk minggu ke 3 untuk bulan September😄 Banyak juga kerja yang sudah saya buat setakat hari ni lol (perasan sendiri)🤣

Dalam waktu ini, saya juga bersyukur sebab saya dibantu oleh seorang sahabat yang memang sangat komited dalam menjalankan tugas iaitu cik Wahidah binti Samsudin, pengurus kedai online IIKANJI. Beliau banyak membantu saya dalam menyebarkan info berkaitan AHB macam Program SOKOLA, pencarian ejen, kaji selidik kelab & sebagainya. Berdasarkan daripada data yang saya dapat setakat ini,  post-post yang beliau naikkan di akaun-akaun sosial banyak mendapat ‘reach’ dan itu sudah cukup bagus. Jika dilakukan secara berterusan, InsyaAllah lama-kelamaan orang ramai akan mula mengenali AHB. Itu saja sebenarnya matlamat saya buat masa ini. Untuk orang lebih mengenali AHB.

Saya juga bersyukur sebab dapat bekerjasama dengan talent Malaysia yang tinggal di Jepun iaitu tuan Kamal Zharif bin Kamaludin. Tuan Kamal ada ramai follower kerana beliau banyak berkongsi info mengenai negara Jepun di akaun-akaun sosial, jadi dengan bantuan beliau juga, bilangan responden yang menjawab kaji selidik untuk melihat peratus peminat Jepun & Korea Selatan di Malaysia juga adalah tinggi. Alhamdulillah❤️

InsyaAllah sekarang saya ada terlibat dengan sebuah projek bersama dengan tuan Kamal bagi pihak JOM P JAPAN untuk mencari bakat-bakat dalam bidang pengacaraan. Info mengenai projek ini akan saya naikkan tidak lama lagi. Tungguuu, haha 🤩

Oh ya, Alhamdulillah sekarang juga saya sedang melatih seorang admin bagi page JAPPON. Muda lagi admin ni jadi sangat bersesuaian dengan role yang diberi. Apapun sekarang beliau masih lagi dalam tempoh latihan. Saya pon taknak menggesa atau apa-apa, I had learnt from my past lol . Saya pon tak tahu la kenapa saya agak ‘bossy’ suatu masa dulu (mengutuk diri sendiri). Hurm…takpe la, itu Houki Boshi, bukannya Sidonia Locke (okay, ini alasan yang bijak lol).🤪

Ah, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memilih Sidonia Locke sebagai nama artistic saya kan?? Panjang ceritanya haha. Nanti saya akan kongsikan pada post-post akan datang InsyaAllah 🥰

Sebelum saya mengakhiri post ini, saya nak kongsikan hasil lakaran fesyen saya baru-baru ini hahahaha!

Rasanya dah setahun dah tak melukis..buruk betul jadinya..hurm..hajat nak lukis Kawashiri Ren (JO1) tapi jadi Kawashiri Ron pulak haha..sorry Ren 😆

Alhamdulillah, sebab saya dah habis setup untuk program induk AHB (Program SOKOLA) dan juga struktur kelab-kelab peminat AHB jadi sekarang saya dah ada lebih masa sikit untuk buat kerja-kerja dalam bidang kepakaran saya iaitu SENI. Jadi antaranya ialah FASHION DESIGN! Banyak yang saya perlu belajar lagi tentang fashion design ni.

Fashion design patut ialah bidang saya, dan fokus saya ialah untuk menghasilkan design pakaian untuk artis lelaki (particularly untuk boygroup🥰)

Satu lagi, antara 4 buah kelab peminat di bawah AHB, Kelab Peminat Seni ialah kelab yang saya akan fokus lebih lagi. Afterall, AHB ialah sebuah akademi SENI & MEDIA. Jadi mestilah fokus AHB juga ialah seni kan? Hehehe….saya suka, saya suka…saya memang sangat suka seni❤️

Okay la, itu saja untuk minggu ni! 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *