CORE VALUE AKADEMI HOUKI BOSHI

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Saya percaya yang setiap ahli perniagaan perlu ada โ€œCore Valueโ€ atau โ€œNilai Terasโ€ dalam perniagaan masing-masing supaya setiap produk atau servis yang mereka jalankan adalah berteraskan kepada Core Value perniagaan. Ianya seperti satu bentuk trademark juga.

Sebagai contoh, Evan Carmicheal iaitu seorang youtuber channel motivasi terkenal percaya yang setiap orang pasti ada SATU perkataan yang mampu memberi kesan dalam dirinya dan seterusnya boleh mengubah kehidupan untuk menjadi lebih baik sekiranya sentiasa diamalkan.

Itu adalah antara Core Value Evan kerana setiap video atau buku yang dihasilkannya boleh membantu pelanggannya menemui SATU perkataan mereka sendiri. (Boleh ikuti channel Evan Charmichael di sini : https://www.youtube.com/user/ModelingTheMasters ) Begitu juga dengan kami di Akademi Houki Boshi.


Jadi apakah Core Value Akademi Houki Boshi?

Ya, Core Value kami ialah untuk MENDIDIK SAMBIL BERHIBUR melalui konsep “EDUTAINMENT” iaitu gabungan Education & Entertainment. Jadi segala servis, produk sehingga bentuk update di laman sosial kami juga adalah berbentuk edutainment.

akademihoukiboshi-edutainment

Objektif kami adalah sambil MENGHIBURKAN orang, sambil kami selitkan nilai DIDIKAN dalam setiap hiburan kami. Kami mahu setiap pelanggan kami, mereka dapat sesuatu yang boleh dipelajari atau terinspirasi dengan produk dan servis berbentuk hiburan yang kami sediakan.

Ini adalah STANDARD Akademi Houki Boshi.

Dan disebabkan modul operasi kami banyak merujuk kepada industri negara Jepun & Korea Selatan (Kerana kita sedia maklum yang 2 buah negara ini adalah negara maju dan tentu sekali kita mahu menjadi maju seperti mereka kan? Sekurang-kurangnya saya percaya, pengikut AHB mempunyai mentaliti yang sama) , maka setiap update kami juga berfokus kepada perkembangan industri di negara Jepun & Korea Selatan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang HIBURAN & PENDIDIKAN.

akademihoukiboshi-bendera-korea-horz

Jadi, kepada mereka yang sukakan core value yang kami perjuangkan, boleh ikuti website kami dan page fb kami di https://www.facebook.com/AkademiHoukiBoshi/.

P/S : Core value kami adalah sesuatu yang baru di Malaysia, apa lagi ianya merujuk kepada industri di Jepun & Korea Selatan sebagai model utama, jadi benda baru, perjalanan kami semestinya bukan mudah. Tapi InsyaAllah ianya sangat berbaloi untuk diusahakan dan kami bangga menjadi pioneer dalam industri kami sendiri.

Seperti orang Jepun & Korea Selatan juga, semangat juang kami takkan pudar, kami pasti akan memajukan negara menggunakan strategi kami sendiri.

FIGHTING!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *