CERITA TEMPE

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Just saying, kebanyakan orang yang makan KIMCHI atau SUSHI adalah disebabkan pengaruh artis yang mereka minat.

Percaya atau tidak, ianya memang betul. Ini kerana artis atau selebriti merupakan ikon berpengaruh yang berupaya menjadi trendsetter, disebabkan oleh bilangan peminat mereka. Siapa yang tidak sukakan hiburan kan? Tentunya peminat artis ini lebih banyak (dan lebih gila!) dari peminat seorang cikgu (Hurm..tiba-tiba rasa sedih hahahaha)

Apapun, rasa-rasanya mustahil tak untuk orang luar makan tempe bila artis kesayangan mereka makan tempe juga? Lebih jauh lagi, mustahil tak untuk orang luar belajar masak masakan Malaysia bila tengok artis kesayangan mereka juga asyik makan masakan Malaysia.

FIKIRKAN

Itu adalah antara misi kami di Akademi Houki Boshi!

Kami bukannya mempromosikan negara Jepun & Korea Selatan atas suka-suka saja. Semuanya kerana rasa cinta pada negara juga.

Nak orang luar belajar tentang negara kita, kita mesti belajar budaya mereka dahulu. Itu adalah apa yang kami percaya.


Houki Boshi : Saya bajet 15 tahun akan datang orang luar akan tergila-gilakan tempe macam orang kita duduk tergila-gilakan kimchi dan sushi! All thanks to Akademi Houki Boshi. Amiiiiin. ☻

P/S : Jangan lupa LIKE & SHARE page kami di https://www.facebook.com/AkademiHoukiBoshi/ .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *