Restoren Halal di Tokyo : ORIGAMI ASAKUSA

Restoren makanan Jepun halal ini terletak di Asakusa, berdekatan dengan stesen Asakusa.

Nama restoren ialah ORIGAMI ASAKUSA.

Apa yang menarik tentang restoren ini ialah, ianya mempunyai bilik solat dan tempat mengambil wuduk yang teratur.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melawat restoren ini! 🙂

Peta dan alamat :

https://goo.gl/maps/g7MGucGF5282
1 Chome-2-8 Hanakawado, Taitō-ku, Tōkyō-to 111-0033
〒111-0033 東京都台東区花川戸1丁目2−8

Sumber : Japan 100% Halal Product and Service Media- JHPSM

Lawati page mereka di sini 

SUSHI

akademihoukiboshi-jenis-jenis-sushi

Apa itu SUSHI?

Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam.


Jenis-jenis SUSHI

Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan.

• Nigiri-sushi
• Temaki-sushi
• Maki-sushi
• Oshi-sushi
• Chirashi-sushi
• Temari-sushi


NIGIRI-SUSHI

akademihoukiboshi-nigiri-sushi

Nigiri-sushi ialah sejenis sushi yang menggunakan makanan laut seperti ikan mentah yang membentuk seperti penutup kepala nasi yang dibentuk melalui tangan.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=4KktvArKgCI


TEMAKI-SUSHI

akademihoukiboshi-temaki-sushi

Temaki-sushi ialah sushi yang digulung menggunakan tangan. Terdiri dari nasi yang dibalut bersama kepingan rumpai laut bagi membentuk kon dan diisi di dalamnya neta ataupun isi seperti ikan, sotong, sayuran dan sebagainya.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=0lh_UWF9ZP4


MAKI-SUSHI

akademihoukiboshi-maki-sushi

Maki-sushi ialah sejenis sushi yang digulung menggunakan kepingan buluh dan terdiri daripada kepingan rumpai laut (nori), nasi dan neta.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=hw0xcCm4Wog


OSHI-SUSHI

akademihoukiboshi-oshi-sushi

Oshi-sushi atau Oshizushi ialah sejenis sushi dari Osaka, bahagian Kansai. Ianya bermaksud, “Sushi yang ditekan” atau juga dipanggil “Sushi kotak”.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=jJrLvIfPEZE


CHIRASHI-SUSHI

akademihoukiboshi-chirashi-sushi-1

Chirashi-sushi atau Chirashizushi bermaksud “Sushi yang bertaburan”.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=VW8QtXthPwk


TEMARI-SUSHI

akademihoukiboshi-temari-sushi

Temari-sushi ialah sushi berbentuk bola dan lebih kecil. Juga sesuai untuk dibuat bento.

Resepi – https://www.youtube.com/watch?v=MIF4Imp92OM