Pembelajaran Bahasa Jepun ORIYON kini di bawah AHB!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, ORIYON kini merupakan jenama di bawah AKADEMI HOUKI BOSHI yang bertanggungjawab menjalankan dan menguruskan program-program berkaitan pembelajaran bahasa Jepun.

Dan program yang sedang kami jalankan sekarang ialah 
“KELAS BAHASA JEPUN ONLINE ORIYON” di mana sesi pembelajaran dan pengajaran dibuat di Whatsapp saja!

Program ini khas kepada mereka yang ingin belajar bahasa Jepun tetapi tiada masa untuk ke kelas. 

============================================

Info kelas seperti yang tertera pada gambar2 di bawah 

Whatsapp 0127200173 (msg saja) sekiranya ada soalan,

Jika tiada dan berminat, boleh isi borang ini. Anda akan dihubungi selepas borang diisi.

Anda boleh juga lawati page Facebook ORIYON di SINI.

Terima kasih 

#KelasBahasaJepunOnlineORIYON
#BahasaJepun
#AkademiHoukiBoshi

BUKU BAHASA JEPUN VERSI BARU

 

buku versi lama yang akan diberi nafas baru 🙂

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akademi Houki Boshi sudah beroperasi semula sejak tahun lepas dan mulai awal bulan ini, kelas Bahasa Jepun Online di bawah bahagian akademik sudah pon dijalankan.

Anda boleh dapatkan info mengenai kelas bahasa Jepun kami di sini. 

Sebagai peneguhan, akademi juga akan menghasilkan buku rujukan, audio serta video tutorial sebagai rujukan dan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan sepanjang kelas kami berjalan.

Buku rujukan, audio dan video tutorial akan dihasilkan sendiri oleh pengajar kelas yang juga merupakan pengarah akademi iaitu cik puan Norjan Binti Ahmad (Houki Boshi).

Diharapkan dengan adanya bahan bantu mengajar ini akan menjadi pelengkap kepada misi program bahasa Jepun online kami iaitu untuk menjadi pengajar bahasa Jepun ASAS yang terbaik di Malaysia.

Kuatkan yang asas dan pembelajaran yang seterusnya akan menjadi lebih mudah!

Semestinya kami akan berkongsi perkembangan kerja-kerja penghasilan bahan bantu mengajar ini kepada anda semua, terutamanya yang masih berkira-kira untuk belajar bahasa Jepun bersama kami (hehehe).

Anda boleh juga lawati page cik puan Houki Boshi di sini kerana beliau juga akan berkongsi info di page beliau.

Terima kasih 🙂

SILIBUS PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN ONLINE AKADEMI HOUKI BOSHI

Assalamualaikum semua 😍

 

Ini adalah silibus bagi kelas Bahasa Jepun Online AHB. Seperti yang dilihat, ini adalah tajuk-tajuk ASAS dalam bahasa Jepun.

YA! Misi kami adalah untuk membimbing pelajar sehingga mereka boleh menguasai ASAS Bahasa Jepun dan seterusnya membolehkan mereka menggunakan ilmu yang mereka ada bagi memberi manfaat kepada orang lain juga.

Ilmu yang boleh digunakan adalah ilmu yang berkesan!

Maka dengan itu, silibus kami juga adalah direka khas bagi memberi ruang kepada pengajar untuk lebih fokus dalam perincian isi pengajaran, penilaian dan aktiviti bagi memastikan pelajar benar-benar menguasai ASAS bahasa Jepun.

Berminat untuk belajar bahasa Jepun bersama kami? Whatsapp 0177200173 untuk info selanjutnya.

JOM KUASAI ASAS BAHASA JEPUN BERSAMA AKADEMI HOUKI BOSH! 😍

#BahasaJepunOnline
#AsasBahasaJepun
#BelajarBahasaJepun
#AkademiHoukiBoshi

KELAS BAHASA JEPUN ONLINE

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 

Akademi Houki Boshi telah melancarkan program terbarunya iaitu Kelas Bahasa Jepun Online dan ianya adalah berpakej!

Kelas ini diajar sepenuhnya oleh pengarah akademi iaitu cik puan Norjan Binti Ahmad (HOUKI BOSHI) secara online. Kelas dibuat melalui Whatsapp dan sesi pembelajaran adalah melalui teks dan voice record sebagai medium.

Kelas ini sebenarnya sudah dimulakan pada bulan Disember tahun lepas (Ianya hanya diserap masuk di bawah akademi pada awal bulan ini). Kelas adalah secara kumpulan kecil (3 orang) dan juga persendirian (gaya tutorial).

Pelajar boleh memilih samada mahu secara kumpulan kecil (MOD A) ataupun persendirian (MOD B).

Uniknya kelas Bahasa Jepun Online Akademi Houki Boshi ini ialah kerana pelajar boleh memilih kelas mengikut tajuk yang mereka mahu pelajari. Bagi pengajar pula, ianya memberikan kelebihan kerana isi pengajaran adalah lebih berfokus.

Harga yuran juga masih lagi berpatutan. Jadi jangan dilepaskan peluang keemasan ini okay! 😉 Sebarang pertanyaan mengenai kelas boleh merujuk terus ke nombor whatsapp ini, 0177200173 (mesej saja) atau isi borang ini sekiranya mahu terus mendaftar kelas. Anda akan dihubungi sejurus selepas borang diisi. BORANG PENDAFTARAN 

JOM BELAJAR BAHASA JEPUN BERSAMA KAMI!