AKADEMI HOUKI BOSHI, SIAPAKAH KAMI???

AKADEMI HOUKI BOSHI (AHB)

Mesti ada yang tertanya-tanya siapa kami kan???

Jadi malam ni kami akan jelaskan dan akan sentiasa menjelaskan pada masa masa akan datang sampailah kami dikenali! hehehe😆

AHB ialah sebuah akademi yang mempromosikan hubungan 2 hala antara negara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang seni hiburan dan seni budaya.

Jadi apa yang kami buat ialah :

 berkongsi apa saja info berkaitan yang berguna mengenai negara Jepun, Korea Selatan dan Malaysia sendiri. Eh? kenapa pula nak berkongsi info tentang Malaysia juga? hehe..mestilah kena berkongsi juga, supaya orang Malaysia betul-betul mengenali Malaysia..macam tu barulah boleh promo negara dekat luar kan? betul tak? 😉

 mempromosikan produk, perkhidmatan atau program mengenai negara Jepun, Korea Selatan dan Malaysia yang berkaitan seperti kelas bahasa, aktiviti kelab kebudayaan, bahan pembelajaran bahasa, produk makanan, pakaian, dan sebagainya.

 mengadakan program latihan di mana kami akan mendidik dan melatih tenaga manusia atau bakat dari Malaysia untuk dibawa bekerja di Jepun dan Korea Selatan, atau di institusi berkaitan di Malaysia. Ianya juga adalah antara usaha kami untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan negara Jepun dan Korea Selatan.

Kami sudah pon berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 Julai 2019 atas nama HOUKI BOSHI EDUTAINMENT RESOURCES dan nombor pendaftaran ialah 002989774-X.

Beberapa program dan produk juga sudah pon kami mula promosikan sejak setahun yang lalu sebenarnya sebagai antara persediaan yang dibuat.

InsyaAllah kami akan rasmi beroperasi pada 1 JANUARI 2020! Dan ya, kami adalah sebuah bisnes start-up..masih baru lagi 

Sebagai sebuah entiti bisnes, kami mahu dikenali sebagai bisnes yang dapat membantu mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa melalui sumber manusia atau bakat yang akan kami hasilkan melalui program latihan kami.

Doakan usaha kami dan berikan sokongan semua terutama apabila kami rasmi beroperasi ya! InsyaAllah, our aim is to go BIG, even if it take years!

Terima kasih semua!
Arigatou gozaimasu!
Kamsahamnida!

#AkademiHoukiBoshi
#PenghubungMyJpKr