Cabaran Islam di Jepun – KAMAL ZHARIF

Pernah terjumpa orang lelaki Jepun kacukan orang Malaysia. Dia beritahu emaknya orang Melayu dan ayahnya orang Jepun.

“Awak Muslim?” Saya bertanya dalam bahasa Jepun.

“Saya tak pasti bagaimana.” “Saya juga jarang bergaul dengan orang Malaysia lain.”

Walaupun begitu, personalitinya menarik hati. Mula-mula nampak senyap tetapi mudah untuk didekati. Seperti orang Malaysia nampaknya.

Ini merupakan situasi biasa di Jepun. Generasi ke-2 menghadapi cabaran sebegitu. Walaupun budaya Jepun ada sahaja elemen yang sinonim dengan budaya Islam, mereka tetap sahaja mudah terdedah dengan budaya yang kurang membantu.

“Hmm, kasihan juga dia.”
“Harap dapat jumpa dia lagi.”

Guys, beginilah realiti di Jepun. Kebanyakan masa warga asing yang memenuhi masjid-masjid di Jepun. Ini menyebabkan Islam kelihatan agak asing bagi warga Jepun. Islam sukar hendak berkembang, sebaliknya statik ataupun menguncup.

Ada segelintir masjid di Jepun melakukan perkara yang menjadikan orang Jepun nampak asing.

Contohnya:

👉 Mengetatkan peraturan bahawa imam mazhab tertentu sahaja boleh menjadi imam. Akhirnya imam luar dari negara tertentu sahaja yang dibolehkan.

👉 Mengetatkan peraturan bahawa orang Jepun bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid.

👉 Mengetatkan peraturan bahawa masjid tempat ibadat sahaja. Maksudnya kalau hendak ajak orang Jepun berdakwah dalam masjid, ia tidak dibenarkan.

👉 Kutbah dibuat dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang Jepun.

Di sini dapat dilihat, bahasa Jepun tidak ditegakkan ketika menganuti agama Islam. Orang Jepun apabila terasing dan tiada persamaan yang dapat mereka lihat, maka hendak bercakap pun susah, apa lagi hendak berbual dan memberikan pendapat. Orang Jepun asasnya hidup berkumpulan. Mereka hidup dan corak berfikirnya adalah sama dalam satu-satu grup.

*****************

Di sini, kita boleh ubah. Maka kelemahan yang ada ini kita boleh melangkah ke depan. Contoh yang baik yang ada sekarang ialah Japan Da’wah Centre in Osaka. Mereka mahu ubah sterotaip tersebut dan menggunakan slogan UNITY in DIVERSITY.

Kepelbagaian dalam Islam diterima dan mampu mematuhi apa yang Islam ajar. Contoh yang mudah, lihat sahaja suasana bilik Japan Da’wah Center itu. Apabila seseorang masuk, akan terasa budaya Jepun berada di semua ruang.

Kemudian, para pendakwahnya dididik supaya memulakan pembelajaran bahasa Jepun. Kita doakan generasi di Jepun terus menjaga Islam. Itu antara sebab penting bernikah dengan orang Jepun.

foto: ruang interior Japan Da’wah Centre di Osaka.


Artikel ditulis oleh Kamal Zharif Kamaludin untuk JOM P JAPAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *