CABARAN HANYA MENGUATKAN DIRI | BLOG NIA #12

Assalamualaikum

Alhamdulillah bermula minggu lepas saya sudah mula bekerja mengikut jadual kerja dan panduan tatakerja tertentu.🥰

Panduan tatakerja yang saya tampalkan di Fail Rekod Kerja saya

Semuanya bermula apabila saya mula berkongsi maklumat Program SOKOLA dengan orang-orang terdekat seperti pelajar sedia ada AHB, kawan-kawan dan contact di FB pada bulan lepas. Program ini direka khas bagi menjayakan visi AHB iaitu dengan membina sebuah bangunan akademi menjelang tahun 2035.

Saya boleh katakan daripada ramai-ramai yang saya kongsikan itu cuma ada beberapa orang saja yang memberikan respon. Respon dekat sini ialah yang memang membaca maklumat program.  Siap ada yang tak bagi respon dekat whatsapp tapi sibuk beri komen panjang lebar dekat status facebook. Saya tak baca pon komen tu, maaf ye. Saya kena jaga pemikiran saya. Saya mungkin seorang yang gila kerana mengejar visi yang besar, tapi saya belum bodoh lagi untuk hanya mendengar cakap orang bulat-bulat.

Sedih bila ramai yang tak bagi respon? MESTILAH. Sebab itu menunjukkan yang saya kena bekerja lebih keras lagi untuk menunjukkan yang idea AHB adalah serius, bukannya idea main-main. Dan saya sendiri juga sebagai individu, perlu membuktikan yang saya berkebolehan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua pengurus idea bisnes saya sendiri.

Saya anggap ini sebagai cabaran dan saya akan gunakan cabaran ini sehabis baik. Saya akan bekerja keras sampai ramai orang buka mata pada AHB. InsyaAllah saya percaya Allah akan bantu. Tanggungjawab membangunkan idea bisnes ini juga saya percaya datangnya daripada Allah. Jadi nak taknak saya kena jayakan juga la. Saya percaya perkara besar akan berlaku di kemudian hari sebagai ganjaran dari-Nya. I just need to do my very best until then.

Yosh! Jadi itu saja untuk minggu ini!  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *