BUAT REKOD SETIAP MASA| BLOG NIA #10

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kali ini saya akan share mengenai perkembangan diri saya🥰 Kali terakhir saya menulis untuk kolum ini ialah tentang pencapaian saya sepanjang bulan Julai, lebih kurang 3 minggu lepas..haha..lama tak update.

Jadi untuk kali ini saya nak menulis mengenai habit yang saya mula amalkan sejak bulan 5 yang lepas, iaitu amalan ‘merekod’.

Basically apa yang saya buat, saya akan rekod. Daripada bentuk diari, blog, sampailah ke hasil kerja yang dibuat setiap minggu.

Kalau diari tu, saya buat dalam bentuk digital di mana saya upload di akaun instagram yang saya namakan ‘NIA DIARI’. Saya mula rekod sejak 9 Mei 2020. Tapi sejak 1 Jun tu saya mula rekod setiap hari tanpa gagal.

Seronok dapat buat rekod macam ni sebab boleh nampak apa yang saya buat setiap hari, adakah hari tu saya berehat atau saya ada buat sesuatu untuk AHB..camtu..so seronok la, i just have to make sure i do something everyday that can bring me one step closer to the goal set except if that day is a wind-up day😁

Satu cara lagi untuk saya merekod ialah melalui blog yang saya update setiap minggu. Alhamdulillah, blog saya pon dah masuk post ke 30.

Banyak lagi la yang saya mula merekod sekarang sejak 3 bulan lepas. Saya akan terus lagi perbaiki diri untuk menjadi pengurus yang baik kepada AHB dan terus menjalankan tanggungjawab yang Allah bagi di muka bumi ini.

Jadi itu saja la untuk post kali ini🥰 Saya akan terus update ini dari masa ke semasa.

GANBARIMASU!💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *