Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya ada terbaca satu artikel yang best tentang impak BTS kepada ekonomi negara Korea Selatan. Boleh baca artikel penuh dekat sini.
$4.9 billion ataupon sama dengan RM 20 billion
Itu jumlah yang BTS sudah sumbangkan kepada ekonomi negara Korea Selatan, menunjukkan betapa besarnya sumbangan boygroup ini kepada ekonomi negara mereka.
BTS ini ialah antara bukti yang kumpulan penghibur juga boleh menjadi penyumbang yang besar kepada ekonomi negara.
Siapa kata yang kumpulan penghibur seperti boygroup ini hanya tahu menari & menyanyi di atas pentas sahaja??
Mereka ini, jika diuruskan dengan betul, bukan saja mampu untuk menyumbang kepada ekonomi negara, malah juga boleh membantu hidup seseorang.
Samada sebagai inspirasi mahupon sebagai sumber kekuatan.
Samada sebagai sumber kebahagiaan mahupon sebagai tempat seseorang melarikan diri dari tekanan di dunia nyata.
Tak kurang juga bagi sesetengah orang, kumpulan penghibur seperti boygroup ini boleh menjadi penyelamat atau hero dalam hidup mereka.
Sayalah antara orang itu😌
Sebab itulah antara tujuan saya menubuhkan sebuah akademi seni pada tahun 2015 dulu ialah bagi menghasilkan kumpulan penghibur, terutamanya boygroup.
Sebab saya ingin melahirkan sekumpulan bakat yang bukan saja boleh menyumbang kepada ekonomi negara, tetapi juga mampu untuk memberikan kebahagiaan dan menyelamatkan hidup ramai orang.
Tetapi kenapa kumpulan penghibur itu perlu boygroup dan bukannya artis perempuan???
Sebab mereka ialah sekumpulan lelaki, dan lelaki memang telah dilahirkan dengan bakat untuk menjadi seorang PEMIMPIN. Jadi saya percaya impak yang boygroup boleh sumbangkan adalah berbeza dengan artis perempuan.
Tapi itulah. Usaha untuk melahirkan kumpulan penghibur ini bukan mudah dan boleh dicapai dalam masa yang singkat, hahaha. Semuanya ada langkah dan strategi. Ini semuanya ialah perancangan jangka panjang.
Berbalik semula kepada BTS!
Sebab itu saya sangat kurang senang apabila istilah, ‘AGAMA BTS‘ timbul. Saya tak tahulah macam mana istilah ni boleh timbul tapi saya nak tekankan dekat sini yang BTS bukan agama, tapi mereka ialah kumpulan penghibur dan penyumbang ekonomi Korea Selatan yang besar. Ini fakta.
Jika mahu menyalahkan sekali pon, jangan salahkan artis. Tapi salahkan peminat yang tersilap dalam berhibur.
Hiburan ni jika disalahgunakan, memang boleh membahayakan dan memesongkan akidah seseorang. Itu yang sampai jadi fanatik dan tak boleh membezakan yang mana betul dan yang mana salah.
Malah boleh membutakan hati dan membantutkan pemikiran.
Itu yang kalau orang luar tegur sikit, peminat fanatik ini boleh melenting dan menyerang orang luar tu balik.
Jadi mungkin disebabkan oleh peminat fanatik yang langsung tidak boleh ditegur inilah, orang luar mula melihat yang kumpulan peminat ini seolah-olah ‘menyembah’ BTS. Dah la boygroup tu berbeza agama.
Jadi tak hairan la kalau macam tu istilah ‘AGAMA BTS‘ ini timbulnya.
Tak pasal-pasal BTS pula dibencinya.
Dan biasalah. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Habis semua boygroup dibencinya.
Habis semua kumpulan artis dipandang seperti tiada nilainya.
Sedih kan? 😭
KESIMPULAN
Sebab itu jugalah, saya harapkan agar post-post yang saya hasilkan samada dalam blog mahupon di page Facebook boleh menjadi penghubung di antara kumpulan artis dan orang lain di luar sana.
Supaya lebih ramai orang boleh membuka mata, melihat potensi dan segala yang baik-baik mengenai kumpulan artis ini. Serta manfaat yang mereka boleh sumbangkan kepada bukan saja ekonomi negara. Tetapi juga dalam kehidupan seseorang.
Sepertimana yang BTS sudah buktikan.