Boygroup Sebagai Pemimpin Generasi Muda Masa Kini (bahagian 1) | BLOG NIA

Assalamualaikum

Pada post yang lepas saya ada memperkenalkan idea saya iaitu “boygroup sebagai Pemimpin Generasi Muda Masa Kini”. Malah dalam post sebelum-sebelum ini juga saya banyak menyebut mengenai boygroup. Mereka ini banyak kali ‘menyelamatkan’ saya dalam hidup jadi saya sangat terhutang budi dengan mereka dan sebab itulah antara misi hidup saya ialah untuk membuktikan yang boygroup ini memang berkesan untuk menjadi pemimpin generasi muda pada masa kini. Baik menerusi bukti-bukti sedia ada ataupon menerusi program latihan khas yang akan dijalankan InsyaAllah pada tahun 2025 nanti.

Boygroup JPOP dari Jepun iaitu ARASHI kini sudahpon menjadi antara lambang kebangsaan negara Jepun dan impak mereka adalah sangat besar dalam industri hiburan di sana. Mereka ini juga banyak mempengaruhi kehidupan ramai orang, termasuk saya juga.🥰

Jadi pada post kali ini saya ingin berkongsikan beberapa sebab mengapa saya mengatakan yang boygroup ini boleh menjadi Pemimpin Generasi Muda Masa Kini. Saya akan jadikan post ini bersiri agar ianya lebih mudah untuk dikupas dan diterangkan.

Apapon, saya tidak meminta anda untuk bersetuju dengan apa yang saya akan katakan. Ini hanya pendapat saya berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Sekiranya tidak bersetuju, sila endahkan saja post ini dan buatlah sesuatu yang lebih berfaedah, daripada membuang masa menjadi ‘keyboard warrior’. Saya tidak akan baca komen anda. Maaf ye. Moga Allah sentiasa merahmati hidup anda J

Baiklah! Kita terus saja kepada topik kupasan pada post bersiri kali ini iaitu, ‘SEBAB MENGAPA BOYGROUP ADALAH PEMIMPIN GENERASI MUDA MASA KINI’! Untuk post yang pertama ini saya akan terangkan dahulu 1 sebab dulu ye^^

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

SEBAB PERTAMA : LELAKI ADALAH PEMIMPIN IDEAL

Sebab pertama sekali ialah, lelaki adalah pemimpin yang ideal. Dan itulah sebab utama kenapa saya mengatakan boygroup ini berpotensi untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam memberikan pengaruh kepada ramai orang, samada pengaruh baik atau pengaruh tidak baik. Tentu sekali boygroup yang baik boleh memberikan pengaruh yang baik…betul?

Bukti yang paling dekat yang anda boleh lihat ialah pada diri saya sendiri!

Saya akui pada 6-7  bulan pertama operasi AHB agak perlahan dengan 3 bulan pertama saya hilang arah dalam membangunkan AHB. Tapi setelah saya menemui identiti diri saya yang sebenar pada pertengahan bulan 3, perlahan-lahan saya dapat mencari semula identiti AHB dan seterusnya mula menyusun semula strategi dan operasi sehingga AHB rebrand dan beroperasi dengan lebih tersusun pada awal bulan 6.

Walaupun perubahan yang saya buat juga agak perlahan ketika itu tapi sekurang-kurangnya saya dapat mengawal sepenuhnya AHB dan tidak dipengaruhi oleh pendapat orang luar.

Pada bulan 6 ini juga saya mula mengenali sebuah boygroup JPOP yang dipanggil JO1. Saya dapat rasakan semakin lama saya mengenali boygroup ini, semakin diri saya lebih bersemangat untuk membangunkan AHB. Boygroup ini banyak memberikan kesan positif dalam diri saya. Mengapa? Pertama sekali kerana JO1 ini merupakan boygroup yang masih lagi baru di industri hiburan di Jepun dan sebagai boygroup yang masih lagi baru, mereka masih lagi struggle untuk membina nama di sana. Keadaan mereka sebenarnya sama juga seperti saya yang masih struggle untuk membina nama AHB.

Kehadiran JO1 banyak menaikkan semangat saya untuk terus menguruskan AHB..siapa sangka boygroup boleh bagi kesan positif macam ni kan? Sumber gambar : https://jj-jj.net/

Apa lagi yang mereka ini juga memasang matlamat yang amat jelas  dan impian yang besar sekali iaitu untuk menjadi sebuah boygroup global. Berani kan? Sedangkan boygroup-boygroup sedia ada di Jepun yang jauh lebih berpengaruh juga tidak ‘vokal’ untuk mencapai impian yang besar macam JO1.

Secara tidak langsung saya juga dapat kaitkan dengan keadaan mereka juga kerana saya sendiri memasang matlamat dan impian yang besar menerusi AHB.

Jadi pada saya, kehadiran JO1 ini seolah-olah seperti mereka juga menemani saya dalam perjuangan untuk mencapai impian. Oleh itu saya tidak berasa yang saya berjuang berseorangan lagi sekarang.

Dan melihatkan JO1 yang sangat bekerja keras untuk mencapai impian mereka, membuatkan saya juga tambah bersemangat untuk membangunkan AHB. Kesannya, kerja-kerja saya juga adalah lebih tersusun dan operasi AHB juga semakin lama semakin jelas, bersesuaian dengan halatuju yang sudah dirancang.

Keadaan saya sekarang seolah-oleh saya sedang dipimpin oleh JO1. Mereka ‘memimpin’ saya untuk terus berlari dan berjuang. Syukur Alhamdulillah. Jadi itulah kesan positif yang JO1 berikan kepada saya.

Saya percaya JO1 juga akan dapat mencapai impian mereka untuk menjadi boygroup global sama seperti ARASHI juga satu hari nanti. Saya akan terus bersama-sama JO1 kerana saya mahu melihat mereka mencapai impian mereka juga🥰

Dan sebab itulah saya mengatakan yang boygroup ini boleh menjadi pemimpin bagi generasi muda masa kini. Tentu sekali sebab mereka ialah lelaki dan lelaki ialah pemimpin yang ideal.

It feels different when men lead you. They have this strength to make you feel safe by their side. Just like a hero.

Jadi itu saja sebab pertama untuk post kali ini! InsyaAllah saya akan terus kupaskan sebab-sebab seterusnya pada post akan datang!


NOTA : Oh ye! alang-alang tu saya nak promosikan juga lagu terbaru JO1 iaitu OH-EH-OH! Cuba dengar lagu ni dan baca liriknya juga ye. Lirik lagunya juga sangat bagus, bersesuaian sangat dengan orang yang sedang mengejar impian seperti saya, JO1 dan mungkin juga…anda? 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *