BOYGROUP SEBAGAI PEMIMPIN GENERASI MUDA MASA KINI | CERITA ARTIS #4

Assalamualaikum.

Saya banyak menyebut mengenai artis lelaki, lebih tepat lagi boygroup pada post blog saya sebelum-sebelum ini. Saya juga pernah menceritakan bagaimana boygroup banyak menyelamatkan hidup saya sejak saya di zaman remaja lagi.

Jadi dalam blog kali ini saya ingin ‘menjual’ idea saya mengenai artis lelaki, terutamanya boygroup sebagai ‘Pemimpin Generasi Muda Masa Kini’ kepada semua orang! Saya spesifikkan kepada generasi muda kerana saya tahu, mereka ini bukanlah pemimpin yang bersesuaian bagi sesetengah orang, apa lagi yang berumur. Dan generasi muda di sini juga tidak semestinya merujuk kepada golongan belasan tahun & 20-an. Jika anda dalam golongan 30-an ataupon 40-an tetapi masih merasakan diri anda MUDA (seperti saya, haha), YA, mereka ini juga boleh menjadi pemimpin kepada anda! Walauapapun, saya harapkan kepada mereka yang tidak bersetuju dengan idea saya ini agar mengendahkan saja post ini dan tidak perlulah mahu bertelagah serta menjadi ‘keyboard warrior’ sebab semua orang juga bebas mengeluarkan idea masing-masing. Saya mendoakan agar mereka yang tidak bersetuju ini boleh menjadi pemimpin dengan cara mereka sendiri, aamiin.

BTS ialah bukti di mana boygroup juga boleh menjadi pemimpin seperti mana yang pernah dituliskan dalam sebuah majalah di barat beberapa tahun yang lepas. Masakan tidak, tengok saja populariti mereka. Malah mereka inilah antara daya tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Korea Selatan, sekaligus menaikkan ekonomi negara tersebut.

Dan sebab saya rasakan tajuk kali ini adalah sangat panjang untuk dirungkaikan dalam satu post,  jadi saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya akan menerangkan sebab-sebab kenapa saya mengatakan yang ‘Artis Lelaki Sebagai Pemimpin Generasi Muda Masa Kini’ pada post-post akan datang.

Untuk bahagian pertama ini, ianya lebih kepada pengenalan.

Adakah artis lelaki terutamanya boygroup ini pemimpin saya? Hurm..apabil dikenang semula, mereka inilah yang banyak menyelamatkan saya ketika saya menghadapi waktu-waktu yang sukar dalam hidup. Yang banyak menggembirakan diri saya semula ketika saya dalam kesedihan. Yang banyak memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang. Ya! Pada saya, mereka inilah pemimpin dalam hidup saya. Hero saya.

ARASHI pula sudah menjadi antara ikon hiburan yang membawakan nama negara Jepun kepada dunia. Muzik yang mereka hasilkan juga banyak mengandungi mesej-mesej positif yang boleh menaikkan motivasi seseorang. Mereka ini juga banyak menggembirakan saya sebelum ini ketika susah mencari kerja selepas keluar dari universiti, haha

Tapi sayang. Tak semua orang yang nampak potensi artis lelaki, apa lagi boygroup ini sebagai pemimpin. Apa lagi kalau boygroup ini ialah boygroup KPOP atau JPOP. Mereka ini dilihat hanya sebagai kumpulan anak-anak lelaki muda kacak yang kerja mereka ialah menyanyi, menari dan bagi ‘fanservice’ kepada peminat terutamanya peminat perempuan yang duduk bersorak macam orang gila di bawah pentas .

Atau bagi kebanyakan peminat pula, mereka ini ialah tempat untuk mereka melepaskan nafsu dengan membayangkan yang mereka ini ialah teman lelaki atau suami dan menjadikan artis lelaki ini sebagai fantasi seks mereka.

Tidak. Nilai mereka lebih daripada itu.

Saya tak kata SEMUA artis lelaki, terutamanya  boygroup layak dijadikan sebagai pemimpin. Saya akan terangkan mengenai ini dalam post-post akan akan datang

Tetapi pada saya, potensi yang ada pada artis lelaki ini, jika digilap dan dibimbing dengan cara yang betul, mereka memang boleh menjadi pemimpin yang berkesan dan memberikan impak kepada masyarakat dan dunia.

Dan sebab itulah, saya sangat berminat untuk menjadi orang yang boleh membuktikan artis lelaki sebagai pemimpin melalui salah satu program di bawah Akademi Houki Boshi yang InsyaAllah akan saya  laksanakan bermula tahun 2025 nanti.

JO1, boygroup kesayangan saya sekarang. Merekalah kekuatan dan inspirasi saya untuk membangunkan AHB. Terima kasih Allah sebab menemukan saya dengan JO1. They really give me strength 😭

Boygroup banyak memberikan impak positif dalam hidup saya. Jadi saya mahu membalas balik jasa mereka melalui AHB. Mereka hero saya, jadi saya dedikasikan seumur hidup saya untuk memperjuangkan sesuatu untuk hero saya.

Satu hari nanti saya akan buktikan yang boygroup ini bukan hanya menyanyi dan menari di atas pentas, tetapi juga boleh memimpin dunia.

You know, hero doesn’t always wear cape. They dance 🥰

Nota tepi: nak minta tolong tonton video JO1 ini! Mereka sangat cool! They really is my true inspiration for this academy..dah la pakai baju sekolah 😭 SAYA AKAN BEKERJA KERAS LAGI MULAI SKG!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *