Boygroup Sebagai Pemimpin Generasi Muda Masa Kini (bahagian 2)|CERITA ARTIS #6

Assalamualaikum

Rasanya macam baru semalam menulis post tentang sebab pertama mengapa saya memanggil boygroup ini sebagai “PEMIMPIN GENERASI MUDA MASA KINI”.  Tak sangka dah seminggu berlalu. Cepat betul masa berjalan! 😆

Haha okay, kali ini saya akan meneruskan hujah saya (ewah 😛 ) dengan sebab yang kedua pula. Sekali lagi, anda tidak perlu setuju dengan idea saya ini ye. Kalau setuju atau nampak point itu Alhamdulillah, tapi kalau tidak setuju tu boleh endahkan saja post bersiri ini.

Baik, kita teruskan!

SEBAB 2 : MENARIK MINAT REMAJA

Pada saya, boygroup ini, tidak kisahlah samada boygroup dari Jepun, Korea Selatan atau Malaysia dapat menarik minat remaja pada masa kini. Mereka ini mampu menarik minat remaja tidak kisahlah samada lelaki mahupun perempuan.

Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian saya saja ya.

Bercakap dari pengalaman sendiri, ketika saya remaja dulu, boygroup yang ada pada ketika itu ialah seperti Backstreet Boys, NSYNC, WESTLIFE dan kalau dari Malaysia pula, KRU cukup terkenal pada awal 2000. Boygroup-boygroup ini sangat selalu menjadi antara bahan bualan saya dan sahabat-sahabat saya ketika di sekolah.

Backstreet Boys yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu kini sudah pon 25 tahun bertahan dalam industri seni hiburan🥰

Yelah, tengok pemuda-pemuda kacak yang bukan saja pandai menyanyi tetapi juga menari, sesiapa pon boleh tertarik melihat mereka. Nak-nak lagi remaja yang hormonnya baru nak naik tu, hahaha

Dan sebab itulah saya mengatakan yang boygroup ini boleh menjadi pemimpin generasi muda masa kini.

Apapon, saya sedar yang apa pon hujahan atau idea, jika tidak disokong dengan data pon orang takkan percaya juga.

Dan sebab itulah saya telah masukkan satu sesi pembelajaran khas mengenai boygroup yang saya panggil ‘IDOL STUDY’ ke dalam jadual kerja saya. Sesi ‘IDOL STUDY’ ini akan memberikan saya peluang untuk mempelajari dan membuat kajian yang lebih banyak lagi mengenai boygroup. InsyaAllah saya juga akan buat banyak kajiselidik mengenai boygroup juga selepas ini.

Buku portfolio khas yang akan diisi dengan profil boygroup-boygroup. Antara pengisian ‘IDOL STUDY’😁

Saya juga baru mengadakan satu projek sampingan khas yang saya panggil, ‘HEROTARI’ untuk saya berkongsikan info mengenai industri boygroup ini, terutama sekali boygroup idola.  Anda boleh ikuti projek ini bukan saja di blog, tetapi juga di akaun instagram di @herotari.

Ini juga antara usaha saya untuk membuat persediaan awal sebelum saya melancarkan sebuah program latihan khas yang berkaitan dengan boygroup ini pada masa akan datang di bawah pengurusan NIJI TALENT.

Matlamat saya melakukan semua ini sebenarnya mudah saja.  Saya hanya mahu membuktikan yang boygroup ini juga boleh menjadi figura seorang pemimpin JIKA dididik dan diuruskan dengan baik 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *