Boygroup Kpop ENHYPEN mengumumkan nama rasmi fandom | K-LIVE

Boygroup KPOP baru iaitu ENHYPEN yang dikatakan sebagai kumpulan rookie paling dinantikan untuk debut pada tahun ini telah pon mengumumkan nama rasmi bagi fandom mereka.

Di dalam video pengumuman yang dinaikkan di platform komuniti peminat global iaitu Weverse dan Youtube pada 9 Oktober, ENHYPEN telah mengumumkan nama rasmi fandom mereka sebagai ‘ENGENE’.

“Nama fandom kami mempunyai 2 maksud. Yang pertama ialah sepertimana sebutan, peminat kami merupakan ‘enjin’ yang akan bersama dan menaikkan kami.”, kata salah satu ahli boygroup itu.

“Yang kedua pula ialah, peminat ialah ‘gen’ kepada ENHYPEN ; bermaksud peminat & ENHYPEN berkongsikan DNA yang sama untuk berhubung, menemui dan berkembang bersama. Ianya mempunyai maksud yang baik dan mudah untuk disebut juga. Saya juga sudah mula rasa dekat dengan peminat. Saya harapkan ENGENE dan ENHYPEN boleh menyokong antara satu sama lain dan menjadi satu kumpulan yang kuat! Mari kita hasilkan memori yang hebar bersama-sama.”

ENHYPEN akan menjadi boygroup pertama yang akan debut di bawah Eelift Lab, iaitu syarikat kerjasama antara Big Hit Entertainment, iaitu yang telah menerbitkan boygroup gergasi BTS, dan juga CJ ENM. Ahli ENHYPEN terdiri daripada Heesung, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Jungwon dan Niki. Nama “ENHYPEN” adalah sama dengan “hyphen”, yang menghubungkan 2 perkataan bersama-sama.

sumber asal : Manila Bulletin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *