Assalamualaikum & selamat sejahtera!
Saya harap yang membaca blog saya ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa gembira, InsyaAllah🥰
Saya percaya yang pada tahap ini, saya telah berjaya menunjukkan kepada ramai orang yang SAYA SEBENARNYA SEDANG BUAT BANYAK KERJA UNTUK AKADEMI SENI & MEDIA HOUKI BOSHI! Betul tak?? Hahahahaha..memang betul pon..mungkin sekarang saya sedang buat kerja untuk 10 posisi dalam satu-satu organisasi.🤪
Saya la ketua pengurus
Saya la pengurus bakat
Saya la admin media sosial
Saya la tukang edit website
Saya la kerani
Saya la jurulatih
Saya la pegawai perhubungan
tak boleh nak fikir posisi kerja apa lagi dah sebab memang banyak sangat, haha..bak kata budak ni👇

Anyway, takpe!
Memang saya PERLU buat banyak kerja di peringkat permulaan macam sekarang. Sebab AHB juga merupakan idea bisnes yang baru. Masih ramai yang belum biasa dengan kerja yang dibuat oleh AHB. Sebab tu saya perlu tunjukkan dulu.
Bila orang DAH nampak apa kerja AHB, apa yang nak dicapai oleh AHB, apa perancangan jangka panjang AHB, maka lebih mudah la bila saya nak bentuk tim pengurusan akademi nanti.🥰
Saya masih belum nampak ada keperluan lagi untuk mencari pembantu atau untuk bentuk tim pengurusan akademi buat masa sekarang.
Tapi bila buat banyak kerja mesti PENAT kan?
Ye, betul. MEMANG PENAT, hahahaha😂. Tapi saya cukup seronok dengan apa yang saya buat sekarang. Untuk pertama kalinya saya betul-betul gunakan bakat yang saya ada untuk bantu orang lain.
Iaitu bakat untuk MENGURUSKAN BAKAT. Hehehe, cakap pon dah macam apa-apa dah 🤪
Satu lagi, saya percaya saya boleh buat banyak kerja walaupun penat sebenarnya adalah disebabkan oleh BIG WHY saya.
🔺BIG WHY🔻

Sebab saya mahu bekerja dengan mereka yang berbakat dalam bidang seni & hiburan, terutamanya artis & selebriti. Saya seorang peminat bidang seni & hiburan. Sebab itu saya sentiasa kagum dengan mereka yang berbakat dalam bidang itu. Daripada penulis skrip sampailah ke pengarah filem. Daripada pelukis sampailah ke penyanyi. Saya kagum dengan mereka semua. Pada saya, mereka ini hebat sebab boleh buat orang gembira dengan bakat yang mereka ada. Tanpa mereka mesti dunia ini terasa bosan. Sebab tu saya mahu bekerja bersama-sama mereka untuk membawa keriangan dan kegembiraan kepada ramai orang.
Tak saya nafikan, golongan bakat yang saya paling ingin bekerja bersama satu hari nanti ialah golongan selebriti.

Jadi macam mana? besar tak BIG WHY saya? Lagi-lagi part sebab saya nak bekerja dengan golongan selebriti? Ye besar🤪. Orang lain nak beli kereta, beli rumah, beli tanah, tapi saya nak bekerja dengan selebriti, haha. Pada saya mereka inilah ‘aset’ yang saya mahu ada dalam hidup.
Alang-alang sudah menyentuh tentang BIG WHY, mengapa tidak saya terangkan juga masalah prospek yang saya mahu selesaikan .
Prospek ni ialah orang kita mahu bantu menyelesaikan masalah mereka.
Jadi dalam konteks AHB, orang yang akademi mahu bantu ialah mereka yang berkaitan dalam bidang seni & hiburan. Daripada golongan peminat ke golongan pelatih, daripada golongan artis sehingga la ke golongan selebriti.
🔶MENYELESAIKAN MASALAH PROSPEK🔶
Banyak sangat masalah yang saya nak selesaikan dalam bidang seni & hiburan. Tapi ini ialah 3 masalah utama :
✔️ Masih ramai yang pandang rendah dengan bidang seni & hiburan. Masih ramai lagi berfikir yang bidang seni & hiburan ini menyesatkan. Masih ramai lagi berfikir yang bidang seni & hiburan ini hanya mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Sebab tu saya mahu bekerja dengan mereka yang berbakat dalam bidang seni & hiburan, untuk mengubah persepsi umum masyarakat terhadap bidang seni & hiburan.
✔️ Masih ramai lagi peminat seni & hiburan, terutamanya mereka yang meminati bidang seni & hiburan di Jepun & Korea Selatan yang terlalu taksub, serta memandang rendah bakat seni tempatan. Jadi saya mahu mendidik dan membimbing mereka ini melalui program & aktiviti yang akademi anjurkan.
✔️ Masih tiada orang atau syarikat yang benar-benar boleh menguruskan mereka yang berbakat dalam bidang seni dan hiburan ini sehingga bakat ini boleh meluaskan legasi seni mereka dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebab itu saya mahu bekerja dalam bidang seni & hiburan supaya saya boleh bantu golongan berbakat ini sehingga mereka benar-benar berjaya dan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Daripada pelatih sehinggalah ke selebriti.
Jadi itulah dia BIG WHY dan masalah yang saya mahu selesaikan melalui AHB. Sebab itu, walaupun penat bekerja, saya tetap perlu kuat bekerja. Sebab saya buat untuk orang yang saya kagum dan saya sayang. Iaitu mereka yang berbakat dalam bidang seni & hiburan, terutama sekali golongan artis dan selebriti.
Akhir kata dari saya, “Tak salah memasang impian melangit tinggi, asalkan kita kuat berusaha. Kalau tak dapat apa yang kita nak, sekurang-kurangnya kita dah buat sesuatu yang kita memang suka dan boleh bantu orang lain”🥰
Jumpa di post yang seterusnya! 🤩