Bersihkan Salji di Organisasi Bomba Sukarelawan Setempat

Kalau yang baru follow, saya kat kampung ni masuk organisasi bomba sukarelawan setempat(Shobodan) gitu. Ada kat seluruh Jepun terutama kawasan2 kampung ni. Jadi, pagi tadi kena berkumpul kejap untuk bersih akan sikit salji. Kena korek dan bersihkan sikit salji di kawasan yang akan digunakan untuk sedut air kalau bomba nak pakai masa kebakaran. 30 minit je siap dah. Dapat cheese cake, tapi ada gelatin😬. Amik gambo je lah kite.


Kenali Wafi dengan lebih mendalam lagi dengan klik link ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *