BERKONGSI CERITA|PERKEMBANGAN AKADEMI #10

Assalamualaikum

Alhamdulillah sejak 8 Ogos 2020, saya sudah mula berkongsi info mengenai Program SOKOLA dengan orang-orang tertentu💪

Alhamdulillah, untuk 5 hari pertama saya sudah berkongsikan dengan 42 orang. Gambar-gambar dekat bawah ini ialah screenshot kepada hasil perkongsian.

InsyaAllah untuk minggu ke 2 ini pula saya sudah mula melatih ejen yang boleh bersama-sama berkongsikan mengenai Program SOKOLA ini.

Sebenarnya objektif utama saya berkongsi info mengenai program buat masa ini bukanlah untuk terus dapatkan orang bagi mendaftar sebagai pelajar AHB sebagai tanda sokongan kepada program, tapi lebih kepada untuk memperkenalkan apakah visi dan misi AHB.

Perjalanan masih jauh lagi. Bukan mudah untuk yakinkan orang untuk menyokong idea bisnes yang baru. Ianya tak mustahil tapi, tentunya memerlukan masa yang lama.

Saya akan terus jalankan tanggungjawab membangunkan AHB ini walau macam mana perit sekalipon 💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *