Assalamualaikum
πΈTarikh : 29/10/2020 β 3/11/2020πΈ
29/10 sampai 31/10 jika ikut pada jadual kerja ialah jangkamasa di mana saya patut buat perancangan kerja untuk bulan November, buat analisis data dan juga buat laporan bulanan gerak kerja untuk bulan Oktoberβ¦tapi haram satu apa tak boleh buat sebab..masalah telinga
Tapi takde la tak buat langsung kerja..Cuma tak ikut jadual kerja sangat (?)
Saya masih lagi terus menghasilkan post untuk BULETIN NIJI
Buat kerja-kerja untuk projek STAR JOM P JAPAN
Naikkan maklumat dekat website
Berjumpa dengan Ain, pelatih dekat pusat operasi
Sedikit itu dan ini macam yang saya update di NIA DIARI
Tapi ya..setakat itu saja hahahaha
Pada 31hb saya pergi ke klinik untuk kali ke 4 dan Alhamdulillah lepas makan ubat yang baru ni barulah ada lega sikit kedua-dua telinga ku ini. Doktor cakap telinga bernanah. Sabtu ni kena buat check up lagi.
Saya buat kerja perancangan untuk bulan November ialah pada 1/11 hahahaha

Oh ye..saya juga mula berlatih main batu seremban untuk antara aktiviti Kelab Tori Tori!
Ah satu lagi, pada 2/11/2020 saya mula memikirkan sesuatu tentang masa depan. Kata hati saya kuat mengatakan sesuatu. Apakah itu? Hahahaha..jeng jeng jeng :p
Dan ya!! Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi!! Skg saya tengah mula draft aktiviti yang boleh dibuat oleh budak-budak sekolah! Teruja pulak