Berbahaya berjalan sambil main smartphone. Ia lagi serius ketika di Jepun.
Isu ini jarang terfikir sebelum ini, lagi-lagi apabila datang dari tempat yang selalu menggunakan kereta.
Di Jepun, orang yang berjalan kaki sangat ramai. Jarak 15 minit ke stesen tren merupakan jarak yang dikatakan biasa, dan ia hampir 900 meter.
Bagi pekerja kolar putih (salaryman), sehari boleh sekurang-kurangnya 30 minit berjalan kaki sahaja.
Di situ berkemungkinan akan ada orang yang menggunakan smartphone. Mungkin mereka perlu membalas mesej dan pada masa sama perlu berkejar jadual tren.
Di sini, orang Jepun adalah orang yang sentiasa mengutamakan keselamatan. Ini membuatkan mereka akan melihat hal tersebut dengan lebih mendalam.
Ini yang berpotensi boleh berlaku:
– terlanggar orang, dan orang itu jatuh.
– dilanggar orang dan orang yang menggunakan smartphone terjatuh.
– terlanggar orang dan smartphone terjatuh, lalu rosak.
– terlanggar orang tua, lalu terjatuh dan menyebabkan kecederaan.
– terjatuh di rel keretapi api.
– dilanggar kenderaan lain kerana tidak nampak.
Sekiranya ia serius, isu tersebut boleh naik ke mahkamah kerana melibatkan masalah kepada orang lain.
Bagi pelancong, apabila melihat smartphone, boleh berhenti seketika. Ia bagi menyelamatkan diri sendiri juga.
=========================================================
Artikel ini ditulis oleh : Kamal Zharif bin Kamaludin, untuk JOMPJAPAN