Bahagian AHB

AHB mempunyai 6 bahagian seperti yang dilihat pada rajah di atas.

  • NIJI TALENT
    Merupakan sebuah kumpulan bakat yang terdiri daripada mereka yang berbakat dalam bidang seni hiburan (daripada pelukis kepada pelakon). Kumpulan bakat ini boleh disertai oleh warganegara Malaysia, Jepun & Korea Selatan. Kumpulan bakat ini akan diuruskan, dipromosikan dan diberikan lebih banyak platform bagi setiap bakat untuk pergi lebih jauh dalam mempromosikan negara & budaya masing-masing (pertukaran budaya) di samping dapat mengeratkan hubungan antara ketiga-tiga negara melalui bidang seni hiburan.

  • KELAB TORI TORI

    Merupakan sebuah kelab komuniti untuk semua pelajar AHB. Antara aktiviti yang dianjurkan dalam kelab ini adalah seperti perjumpaan, karnival, pameran, jualan amal dan sebagainya. Kelab ini menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan semua pelajar AHB.

  • KELAB PEMINAT JEPUN, KOREA & MALAYSIA

    Kelab ini menganjurkan aktiviti dan program mengikut minat ahli kelab dan lebih spesifik. Antara aktiviti dan program yang dijalankan ialah seperti kelas bahasa, kelas kebudayaan, program edutravel, program latihan pekerjaan dan sebagainya. Kelab ini juga adalah untuk mengukuhkan hubungan baik antara ahli dengan minat yang sama.

  • KEDAI ONLINE IIKANJI

    Ini merupakan sebuah kedai online yang menjual pelbagai barangan dari Malaysia, Jepun dan juga Korea Selatan.