Bagaimana Artis Diuruskan | NIJI TALENT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog saya ini. Pada post kali ini saya akan berkongsikan secara ringkas bagaimana Artis Niji diuruskan. Artis Niji ni ialah nama untuk artis yang diuruskan oleh AHB la ye, hehe😁

Tapi mula-mula sekali penting untuk saya tunjukkan apa kelebihan sebagai Artis Niji ni jadi di bawah ialah 6 kelebihan yang akan ditawarkan kepada artis yang diuruskan oleh AHB. InsyaAllah dengan kelebihan-kelebihan ini juga AHB boleh bantu artis sehingga mereka boleh buat duit dan yang penting dapat meneruskan legasi seni mereka.

Jadi daripada kelebihan-kelebihan ini, saya susunkan seperti dalam gambar rajah di bawah bagi menunjukkan bagaimana Artis NIJI diuruskan!

Jadi saya terangkan sedikit supaya lebih jelas.

⭐️REKRUIT ARTIS⭐️

Mula-mula sekali ialah REKRUIT ARTIS atau mencari artis. Ini memang yang tengah saya buat skg la hahahaha!😂

Artis ini sebenarnya tidak semestinya pelukis atau kartunis, tapi mereka yang berbakat dalam bidang yang mereka lakukan. Jadi kalau tengok senarai artis dalam Kumpulan Artis Niji, bukan saja pelukis atau kartunis yang ada, malah youtuber, penulis & penyanyi juga ada.

Okay! Jadi apabila saya dapat menarik artis untuk menyertai akademi, saya akan buatkan page profil untuk artis tersebut yang akan dipaparkan di website. Artis ini juga akan diperkenalkan di page NIJI TALENT sebagai Artis Niji dan hasil karya mereka juga akan dikongsikan di situ.

⭐️MEMBENTUK KREW PENGURUSAN ARTIS⭐️

Jadi bila dah jadi Artis Niji ni barulah langkah pengurusan pertama akan dibuat iaitu, untuk MEMBENTUK KREW PENGURUSAN ARTIS itu sendiri. Penting bagi artis tu untuk ada krew pengurusan dia sendiri. Supaya nanti dah mudah bila nak masuk ke langkah-langkah pengurusan seterusnya. Hurm…memudahkan saya nak menguruskan artis itu juga sebenarnya, hahaha.

⭐️PROJEK⭐️

Okay! Bila dah ada krew pengurusan dia sendiri, barulah boleh masuk ke langkah seterusnya iaitu PROJEK. Untuk pertama kali, projek ni selalunya ialah projek kerjasama antara artis tu dengan AHB. Saya ambil contoh, artis tuan KAMAL ZHARIF BIN KAMALUDIN, beliau sudah mula ada krew pengurusan dia sendiri iaitu krew JOM P JAPAN TALENT. Jadi projek pertama yang AHB rancang untuk dibuat bersama tuan Kamal ialah program edutravel ke Tokyo iaitu, JOM P TOKYO. Dan InsyaAllah Artis NIJI itu bukan saja boleh buat banyak projek kerjasama bersama AHB, tetapi juga boleh buat projek kerjasama sesama Artis NIJI hehe…amacam, best tak?😁

⭐️MENUBUHKAN FANCLUB⭐️

Okay, bila Artis Niji sudah ada krew pengurusan dan juga projek kerjasama bersama AHB, barulah mudah AHB tubuhkan fanclub untuk artis tu. Jadi boleh la buat, sebagai contohnya, hanya ahli fanclub saja yang boleh menyertai projek macam JOM P TOKYO tu dengan harga istimewa. Haa..camtu trick dia^^

Oh ye, nak bagitahu juga yang melalui yuran projek dan fanclub inilah Artis NIJI boleh membuat duit, hehe..nampak tak?😁

⭐️PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI⭐️

Okay, seterusnya! Bagi membolehkan Artis Niji itu mendapatkan pelapis bagi meneruskan legasi seni mereka, AHB menawarkan program latihan bakat yang khas dibuat bagi melatih mereka yang berbakat dan berminat untuk menyertai krew pengurusan artis tersebut. Sebagai contohnya, untuk artis tuan Kamal tadi, AHB telah menjalankan projek STAR JOM P JAPAN bagi melatih mereka yang berminat untuk menyertai krew pengurusan JOM P JAPAN TALENT.

⭐️PLATFORM MEDIA⭐️

Seterusnya pula ialah platform media, yang ni mungkin agak kompleks untuk diterangkan dekat sini jadi saya akan skip dulu yang ini dan akan saya terangkan pada post yang berlainan nanti okay 😉

⭐️PRODUK⭐️

Dan yang terakhir sekali ialah PRODUK! Okay yang ni biasa la kot, setiap artis pon pasti akan ada merchandise mereka sendiri macam t-shirt, topi, kalendar dan sebagainya. Ini semua boleh dibuat bila artis tu memang dah ada ramai ahli fanclub dan juga ada jumlah follower yang ramai. Produk artis ini juga boleh dijual melalui kedai online akademi iaitu Kedai Online IIKANJI .

Okay, jadi itulah serba-sedikit mengenai bagaimana Artis Niji diuruskan! Maaflah kalau bahasa agak kucar-kacir sebab saya sedang mengejar masa ketika menulis post ini. Perlu buat kerja lain yang dah dirancang lepas ni, hehe. Jadi itu saja untuk kali ini!🤩

Oh ye, berminat nak jadi Artis Niji?? Di bawah ialah syarat untuk menjadi Artis Niji ye! Boleh whatsapp saya di 01125072949 untuk urusan seterusnya. Arigatou gozaimasu (terima kasih)!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *