ATEEZ, KUMPULAN ROOKIE BERPOTENSI BESAR| HEROTARI #1

Assalamualaikum

Pada minggu lepas saya sudah mula mewujudkan ruangan IDOL STUDY dalam jadual kerja sebagai sebahagian daripada area of expertise saya. Ruangan IDOL STUDY ini membolehkan saya untuk mempelajari mengenai industri hiburan terutamanya bagi boygroup atau kumpulan idola🥰

Penting untuk saya pelajari industri ini kerana pada masa akan datang juga AHB akan melancarkan program latihan bakat bagi menghasilkan kumpulan penghibur lelaki di bawah pengurusan NIJI TALENT. Saya percaya kumpulan penghibur lelaki inilah yang boleh menjadi wajah AHB serta dapat menjalankan misi AHB dengan lebih berkesan iaitu bagi menghubungkan 3 negara timur (Malaysia, Jepun, Korea Selatan) menggunakan bakat dan pengaruh yang mereka ada.


Okay! Jadi minggu lepas boygroup pertama yang saya pelajari ialah boygroup kpop ATEEZ! ATEEZ ini masih dikira baru juga sebab mereka debut pada bulan Oktober 2018.

ATEEZ antara boygroup kesukaan saya kerana mereka sangat berbakat dan berpotensi besar untuk menjadi boygroup yang terkenal satu hari nanti 😍

Sebenarnya saya agak takut untuk bercerita mengenai boygroup ni sebab takut apa yang saya ceritakan tak dapat menyampaikan nilai boygroup-boygroup yang ada sepenuhnya, sebab tujuan saya bercerita ini juga ialah untuk menunjukkan nilai-nilai baik boygroup yang ada supaya boleh mengubah persepsi masyarakat kepada golongan penghibur ini.

Tentang ATEEZ ini pula, saya baru saja mengenali mereka. Ini pon menerusi ruangan IDOL STUDY juga. Jadi rasanya tak dapat nak bercerita lebih mendalam lagi mengenai mereka dalam post pertama ini. Saya perlu ikuti mereka lebih lama lagi untuk dapatkan info menarik yang boleh dikongsikan, hahaha😂

ATEEZ juga memasang matlamat untuk menjadi sebuah boygroup rookie global! Saya suka dengan boygroup yang ada matlamat yang jelas 😉

Apa-apapon, saya boleh katakan yang saya sangat tertarik untuk mengikuti ATEEZ lebih lagi! Malah mereka ini adalah antara boygroup kegemaran saya bagi tahun ini! Kenapa? Saya sangat sukakan lagu-lagu mereka, seronok mendengarnya!🤩 Tarian mereka juga sangat cool! ATEEZ ini seolah-olah gabungan daripada kumpulan EXO, MONSTER-X dan BAP pula sebab tarian mereka yang sangat bertenaga dan sharp.

Ini ialah antara lagu mereka yang saya sangat sarankan. Sangat best!🥰

Nak bercakap mengenai personaliti setiap ahli kumpulan macam masih baru lagi. Mungkin saya boleh kongsikan pada post-post akan datang, InsyaAllah 😁 Apapun, kalau nak tahu mengenai mereka, anda boleh tengok rancangan reality mereka di channel youtube macam rancangan KQ FELLAZ ini!

Akhir kata, saya harapkan yang ATEEZ  ini boleh menjadi antara boygroup KPOP yang top satu hari nanti, InsyaAllah. Saya juga antara peminat mereka, ATINY!

Minggu ini saya belajar 2 buah boygroup yang lain pula. Boygroup yang mana satu tu? Tungguuuuu🥰Jadi itu saja daripada saya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *