5 Nama Jepun Yang Anda Mungkin Tak Tahu| TAHUKAH ANDA | JAPPON

Assalamualaikum semua!

Nama Jepun. Minasan tahu tak asal nama Jepun ini? Oh ya, ogenki desuka? (Apa khabar?) Admin harap anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik saja InsyaAllah. Sentiasa gembira dan positif walau dalam apa keadaan sekalipun ya!😄

Baiklah, dalam post kali ini, admin mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkongsian yang kami naikkan di akaun instagram kami. Apapon, sudahkah anda mengikuti kami di sana? Jika belum, boleh klik butang ‘FOLLOW’ ya! post-post kami di instagram adalah lebih ringkas dan selalunya kami akan ulas lebih lanjut mengenai post instagram dalam bentuk video atau artikel seperti ini. Jadi barulah boleh kami katakan, ‘Perkongsian yang komprehensif’, hehe.

Baiklah, seperti yang dinyatakan dalam post di atas ini. Nama Jepun ialah WAKOKU, sebelum ditukar kepada NIHON. Tapi sebenarnya cerita tak habis lagi ni, haha. Jadi admin akan kongsikan beberapa lagi perkongsian berkaitan nama Jepun dalam post ini ya. Jangan lupa share post ini di laman sosial anda juga, supaya akan lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya😁

Sebenarnya WAKOKU (倭國) atau WA (倭) ini ialah nama Jepun di China ketika itu. Simbol kanji Wakoku itu juga bermaksud, ‘kerdil’ atau ‘ketundukan’. Jadi ahli kitab Jepun mendapati yang ianya agak sensitif, maka mereka menggantikan simbol kanji WA (倭) itu kepada  yang bermaksud ‘ketenangan’ dan ‘harmoni’. Simbol WA (倭) ini pula jika digabungkan dengan simbol (大) yang bermaksud ‘besar’ dan ‘hebat’, ianya akan menjadi 大和 yang dibaca sebagai YAMATO. Dan untuk pengetahuan semua, YAMATO inilah sebenarnya nama asal Jepun😄

Sumber rujukan : https://en.wikipedia.org/

Oh! Anda mesti nak tahu siapa yang beri nama WAKOKU ni kan? Adakah orang cina di tanah besar China atau, orang cina yang duduk di Jepun? Jawapannya, YA! nama WAKOKU ini diberikan oleh orang cina yang duduk di kawasan selatan Jepun. Ianya boleh dibuktikan dalam dokumen kuno cina sebelum Kojiki ditulis.

Namun, dikatakan tiada siapa yang pasti mengapa orang cina memberikan nama WAKOKU kepada Jepun. Tetapi ada teori yang mengatakan, mereka ini mendapat idea nama itu kerana perkataan tradisi Jepun bagi ‘saya’ dan ‘kami’ ialah ‘waga (我が)‘ dan ‘ware (我)’. MUNGKIN🧐

Sumber rujukan : https://theculturetrip.com/

Jadi, macam mana dari YAMATO ini terus ke JAPAN (atau Jepun dalam bahasa melayunya, hehe)? Panjang cerita sebenarnya, tapi admin akan ringkaskan ya

YAMATO ini ialah nama Jepun yang dipanggil sendiri oleh orang Jepun ya. Orang di China masih lagi memanggil Jepun sebagai WAKOKU ketika itu. Jadi ada 2 versi cerita di sini; versi pertama ialah, orang Jepun yang menggesa kerajaan China untuk menukar nama mereka kepada NIHON, kerana mereka tak suka dengan maksud WAKOKU tu.Tapi versi kedua pula mengatakan, kerajaan China sendiri yang menggesa Jepun untuk menukarkan nama mereka. Mana-mana versi pon, akhirnya Jepun terus bertukar nama, dari WAKOKU kepada NIHON (atau kadangkala juga dipanggil NIPPON).

Aha, mesti nak tahu kan macam mana boleh datangnya nama NIHON tu? okay, ianya terbit daripada simbol kanji NIHON tu sendiri iaitu 日本, yang bermaksud ‘Asal-usul Matahari’. Ini merujuk kepada kedudukan Jepun yang berada di timur China, dan merupakan tempat kelihatan terbitnya matahari.

Ini juga bersesuaian dengan cerita purba Jepun mengenai tuhan matahari yang dipanggil Amaterasu.

Jadi macam mana dari NIHON terus ke JAPAN? Ada sumber yang mengatakan nama Jepun disebut sebagai ‘CIPANGU‘ dalam diari perjalanan Marco Polo. CIPANGU ini ialah perkataan bahasa Portugis datang disebabkan oleh ramai pelayar dari Portugis yang salah tafsir 日本 sebagai JIPANGU (Sebab orang di utara China sebut 日本 sebagai CIPAN🤗). Pelayar dari Belanda pula salah tafsir 日本 sebagai JA-PAN, sebabnya orang di selatan China sebut 日本 sebagai YATBUN atau YATPUN.

Sumber rujukan : https://theculturetrip.com/

Jadi dah teranglah kan macam mana dari NIHON tu terus ke JAPAN? Tentu sekali orang Jepun menyebut negara mereka sebagai NIHON dalam bahasa Jepun, sebabnya JAPAN itu ialah bahasa Inggeris, samalah juga dengan kita, JEPUN, hehe. Semuanya sebab pelayar-pelayar yang salah tafsir 😆

Baiklah! Jadi itu saja untuk post kali ini! 🤩 Anda ada belajar benda baru tak? Kalau ada, jangan lupa share juga post ini di akaun sosial anda ya! Moga ramai yang boleh belajar sama. Ah, boleh kan senaraikan 5 nama Jepun yang lain lepas dah baca artikel ini? 😄

Okaylah, kita jumpa lagi di post akan datang dalam segmen TAHUKAH ANDA-JAPPON! Jaga diri baik-baik ya 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *