ARTIS, INFLUENCER & SELEBRITI..apa perbezaannya? | BLOG NIA

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pejam celik dah genap 4 minggu kita melangkah masuk ke tahun 2021. Setakat ni macam mana ‘perjalanan’ pembaca semua? haha..sebenarnya saya masih keliru samada nak panggil yang membaca post saya ni sebagai ‘pembaca’ atau ‘follower’ hahaha..takpe la, mula-mula ni saya panggil pembaca dulu ye..nanti dah lama-lama saya panggil nama lain pulak😂

‘Perjalanan’ saya setakat ni syukur Alhamdulillah dipermudahkan. Kalau ada isu lain pon saya anggap ianya cuma sebagai satu peluang untuk saya belajar supaya boleh jadi lebih matang. Cuma itulah, perkara paling best yang berlaku ialah di mana saya sudah boleh bekerja lebih banyak masa dengan NIJI TALENT, dalam bidang yang saya minati iaitu bidang seni hiburan dan bersama dengan golongan orang yang saya hormati iaitu golongan artis. Syukur sangat-sangat. Saya seronok bekerja dalam bidang ni. Memang betul la ini ialah bidang saya, hehe.

Jadi macam yang saya ada bagitahu sebelum ni, saya akan menulis banyak artikel mengenai bidang seni hiburan termasuklah kisah artis, selebriti dan sebagainya dengan matlamat agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang ini serta dapat membuka mata mereka mengenai golongan artis yang sebenarnya boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan juga mengharumkan nama negara di mata dunia.

Jadi, tengah masih awal lagi ni, saya nak berkongsi sikit mengenai maksud ARTIS, INFLUENCER & SELEBRITI sebab masih ramai lagi yang masih keliru dengan maksud dan juga penggunaan 3 istilah ni (termasuklah saya, haha).

Jadi di bawah ini ialah hasil yang saya dapati hasil dari pencarian melalui 3 buah sumber iaitu website Kamus Cambridge, Kamus Collins dan Merriam-Webster.


🟩MAKSUD & PENGGUNAAN🟩

🔺 ARTIS 🔺

Kamus Cambridge
Artis bermaksud, ‘Seseorang yang mewarna, melukis atau membuat patung’. Seorang artis juga adalah pelakon, pemuzik, penari atau persembahan lain.

Kamus Collins
Artis ialah ‘Seseorang yang melukis, atau mewarna lukisan atau membuat patung samada sebagai pekerjaan atau sekadar hobi’. Artis juga merujuk kepada ‘mereka yang menghasilkan novel, sajak, filem atau apa saja yang boleh dikatakan sebagai seni‘. Artis juga boleh dikatakan sebagai ‘orang yang menyampaikan sesuatu persembahan seperti pemuzik, pelakon, atau penari’. Anda juga boleh katakan seseorang sebagai artis apabila mereka sangat mahir dengan aktiviti tertentu.

Merriam-Webster
Artis ialah ‘seseorang yang menghasilkan seni (seperti lukisan, patung, muzik, atau penulisan) menggunakan kemahiran sedar dan imaginasi yang kreatif’. Maksud yang lain juga ialah, ‘Orang yang berkemahiran tinggi dalam persembahannya’. Artis juga boleh dikatakan sebagai ‘Seseorang yang sangat bagus dalam membuat sesuatu’.

🔺 INFLUENCER 🔺

Kamus Cambridge
Influencer ialah ‘seseorang yang mempengaruhi atau mengubah sikap seseorang’. Influencer juga boleh bermaksud, ‘seseorang yang dibayar oleh syarikat untuk menunjukkan dan menerangkan mengenai sesuatu produk dan servis di sosial media, untuk menggalakkan ramai orang untuk membelinya.’

Kamus Collins
Influencer sebagai ‘seseorang yang boleh mempengaruhi ramai orang, contohnya pengikut di sosial media untuk membuat, membeli atau menggunakan produk itu seperti mereka juga. Selalunya mereka akan dibayar atau diberikan produk percuma sebagai pertukaran untuk melakukannya.’

Merriam-Webster
Influencer ini sebagai ‘Seseorang yang boleh memberikan inspirasi atau dorongan kepada kelakuan orang lain’ dan juga ‘Seseorang yang boleh menarik minat orang lain kepada sesuatu apabila mereka menaikkannya di sosial media’.

🔺 SELEBRITI 🔺

Kamus Cambridge
Selebriti bermaksud, ‘Seseorang yang terkenal, terutamanya dalam bisnes hiburan’.

Kamus Collins
Selebriti sebagai ‘Seseorang yang terkenal, terutamanya dalam bidang hiburan seperti filem, muzik, penulisan atau sukan.’

Merriam-Webster
Selebriti bermaksud ‘Seseorang yang terkenal atau yang diraikan’.


Maka itulah dia maksud dan penggunaan ARTIS, INFLUENCER & SELEBRITI yang semua orang kena tahu. Saya dah mudahkan ayat sebenarnya, jadi harap boleh la difahami ye, haha.

Jadi saya nak kongsikan sikit apa yang saya faham.

Sebenarnya kita semua ni berpeluang menjadi ARTIS. Kita tak perlu pon buat sesuatu yang berkaitan dengan seni, hanya untuk dipanggil artis. Apabila seseorang itu boleh buat sesuatu dengan SANGAT BAGUS, dia juga layak dipanggil artis. Saya ambil contoh bakat atau artis yang saya masukkan dalam Kumpulan Artis NIJI, Yuka-sensei misalannya. Membuat sushi tu bukanlah bidang seni. Tapi Yuka-sensei sangat bagus dalam membuat sushi. Ingat senang nak gulung sushi tu taknak bagi nasi berderai??? susah tau..nasi sushi saya selalu berderai, hahaha 😂 Banyak teknik nak buat sushi ni sebenarnya. Dari menghasilkan bahan sampailah nak ‘decorate’ sushi tu bagi cantik..haaa..susah tau.. lagi-lagi kalau nak buat resepi inovasi macam kek sushi bawah ni 👇

Jadi, walaupun membuat sushi itu bukanlah bidang seni, tapi oleh sebab Yuka-sensei sangat bagus dalam membuat sushi, maka beliau layak dipanggil seorang ARTIS! Haa..macam tu 🥰

Sama la dengan Faris Fathil, pereka grafik JOM P JAPAN TALENT dalam Artis Kumpulan NIJI. Beliau juga sangat bagus dalam mereka grafik dan menghasilkan video. Lagipon reka grafik dan menyunting video memerlukan kreativiti, sebahagian dari elemen dalam bidang seni. Jadi Faris juga layak dipanggil sebagai seorang artis.


Dan sebenarnya, apabila saya faham betul-betul maksud artis, influencer & selebriti ni, barulah saya boleh nampak perbezaan setiap istilah-istilah ini. Maka saya ringkaskan dalam bentuk piramid dekat bawah👇

Faham tak bila tengok piramid dekat atas? haha..macam ni, golongan artis adalah lebih ramai daripada influncer dan mereka yang boleh menjadi selebriti ni sedikit sangat. Kenapa?

Sebab sesiapa pon sebenarnya boleh menjadi artis, asalkan mereka boleh menjadi sangat bagus dalam satu-satu aktiviti. Tapi tak semua artis yang boleh menjadi influencer. Nak jadi influencer ni pon sebenarnya kena ada skill dan juga pencapaian tertentu. Barulah mampu untuk menarik lebih ramai orang untuk ‘follow’ mereka ni. Bukan mudah tau.

Soalan saya. Adakah semua influencer itu artis? Jawapannya, MESTILAH. Sebab mereka sangat bagus dalam mempengaruhi orang untuk follow dan berinteraksi dengan konten-konten yang dinaikkan di sosial media mereka, haha😂

Tapi adakah semua influencer itu selebriti?

Mestilah tidak. Sebab selebriti ini mestilah orang-orang terkenal yang diraikan ramai orang. Selalunya mereka yang terlibat dalam bidang hiburan dan sukan. Pemain bola sepak yang terkenal pon boleh dipanggil selebriti tau. Pokoknya selebriti ni kalau orang ramai nampak, mesti akan ‘kecoh’. Tak semua influencer yang boleh capai tahap selebriti ini. Tapi mereka memang boleh, kalau lagi ramai orang yang boleh mengenali mereka termasuklah pihak media.

Oh, adakah selebriti ini juga merupakan artis mahupon influencer? hahahaha..jawab sendiri la ye..rasanya penjelasan saya di atas ni pon dah cukup jelas 🤭 Dan sebab itulah, jumlah selebriti ini sedikit berbanding dengan artis dan influencer. Tak semua orang yang boleh menjadi selebriti.

Contoh

Artis

  • pereka fesyen yang hebat dalam kerja mereka adalah artis..jangan tak tahu pulak hehe

Influencer

  • Dr Azizan Osman ni memang seorang influencer lagi-lagi di kalangan mereka yang berada dalam bidang perniagaan dan marketing. Jumlah followers juga ramai

Selebriti

  • Dato Siti ni kalau tak kenal juga tak tahu la, haha


Maka itulah saja penerangan dari saya. Saya harapkan lepas ni kita semua dah tak keliru lagi la ye mengenai 3 istilah ; ARTIS, INFLUENCER & SELEBRITI ni, haha. Saya juga sebenarnya akan selalu gunakan 3 istilah ni pada masa-masa akan datang sebab memang penting. Jadi itu saja! Assalamualaikum🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *