Arashi Beri Kekuatan Ketika Waktu Sukar | BLOG NIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ARASHI, kumpulan legenda JPOP. Dari kiri ke kanan : Ohno Satoshi, Aiba Masaki, Sakurai Sho, Matsumoto Jun dan Ninomiya Kazunari.

ย 

Sebenarnya saya tak nak menulis mengenai fakta atau pencapaian sesuatu artis dalam penulisan saya. Saya tak hebat kalau menulis mengenai fakta. Tak hebat satu hal. Tak minat pon ye juga, haha

Lagipon stail penulisan saya mudah. Saya hanya mahu menunjukkan yang [artis juga mampu untuk menyumbang sesuatu yang baik, bukan saja kepada kehidupan orang lain, tetapi juga mampu mengubah sejarah dunia] melalui artikel-artikel yang saya tulis.

Dan dalam kes artis macam boygroup ni. Saya mahu membuktikan yang mereka bukanlah sekadar sekumpulan lelaki kacak yang menari dan menyanyi di atas pentas. Tetapi mereka juga boleh menyumbang kepada sesuatu yang baik seperti menyelamatkan hidup seseorang, menjadi kekuatan bagi sesetengah orang. Malah boleh juga menjadi inspirasi seseorang untuk terus berjuang dalam hidup.

Suka ataupon tidak, tapi BTS juga sebenarnya adalah contoh boygroup yang baik..sebabnya? sila baca post ini sampai habis bahahaha

ย 


TAK PERCAYA??? Ehhhhhhhhh

Saya berada di tempat saya sekarang ini juga adalah kerana boygroup. ๐Ÿฅฐ


Jadi saya harap, melalui pengalaman dan juga melalui penulisan, saya dapat menjadi ‘suara’ mereka (bukan boygroup saja, tapi semua artis secara amnya) supaya lebih ramai lagi yang dapat membuka mata, melihat perkara-perkara yang baik tentang diri mereka.

Bakat yang ada pada diri mereka sebenarnya adalah “senjata” yang Allah bagi. Senjata yang tak semua orang dapat. Jadi kita yang takde senjata tu, cubalah belajar untuk hormat mereka ye. Bukan memandang rendah, jauh sekali membenci mereka๐Ÿฅณ


Jadi dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan kisah saya dengan sebuah boygroup legenda dari Jepun yang sekarang ni sedang hiatus iaitu, ARASHI๐Ÿคฉ saya nak berceritakan macam mana mereka ini menyelamatkan hidup saya dulu.

Jangan bimbang, saya akan pendekkan cerita..hahaha


ARASHI

Saya mula-mula kenal ARASHI ni masa saya tengah belajar di UKM dulu. Pada bulan Mac tahun 2007.

Lagu pertama ARASHI yang saya dengar pada bulan Mac 2007๐Ÿ˜š

Saya bukanlah seorang yang bijak belajar. Jadi saya kenal ARASHI ni sebenarnya ialah pada hujung semester ke 2 tahun ke 3, sebelum saya terpaksa ambil ‘extend’ semester sebab nak cukupkan merit.

EXTEND SEMESTER

Ingat senang? susah tau. Pertama sebab saya memang tak bijak belajar. Kedua sebab saya tak suka apa yang saya belajar, kekekeke๐Ÿ˜‚

Jadi memang sengsara dek stress๐Ÿ˜ญ

Tapi nasib la ada ARASHI.

Dengar lagu-lagu mereka, bisa buat saya bahagia
Tonton video muzik & variety show mereka, bisa buat saya gembira
Tengok interaksi sesama mereka, bisa buat saya tertawa

Antara lagu ARASHI yang saya dengar masa kena extend semester tu. Seronok sangat lagu ni๐Ÿฅฐ

Rasa terhutang budi sangat dengan kumpulan ARASHI. Kalau tak kerana mereka, saya rasa saya dah lama hilang kepala. Kepala cair sebab dah stress sangat๐Ÿ˜‚

Rasa berterima kasih juga dengan kumpulan ARASHI ni sebab kewujudan mereka secara tak langsung banyak bagi kekuatan kepada saya sepanjang kena extend semester tu.

Sumber gambar : JAPAN Forward

Dan saya percaya, boygroup legenda ni juga dah banyak selamatkan orang-orang yang macam saya pada masa tu.

Dunia realiti ni kadang-kadang buat kita rasa stress. Lagi membesar lagi la stress.

Artis-artis yang macam ARASHI ni la antara ‘medium’ kebanyakan orang-orang yang stress ni untuk lari sekejap dari dunia realiti. Macam apa yang saya lalui sebelum ni.

Jadi pada perspektif saya, itulah antara manfaat yang kumpulan artis ni boleh sumbangkan kepada ramai orang. Ini saya bercakap untuk semua kumpulan artis ye, tak kisah la pelukis ker penyanyi ker pelakon. Karya seni mereka ni sebenarnya boleh menjadi penyelamat kepada ramai orang daripada terus stress dan seterusnya boleh mengurangkan populasi pesakit gila haha.

Jadi itulah saja yang hendak saya sampaikan melalui post kali ini. Ada dapat sesuatu tak? ๐Ÿ˜Ž

KESIMPULAN

Saya ulang lagi. Dapat sesuatu tak dari post ini? Kalau dapat, maka itulah kesimpulannya, hahaha๐Ÿ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *