Apa itu Idola 2D?

Idola 2D ialah suatu subgenre kepada idola virtual. Iaitu idola atau watak yang wujud dalam bentuk animasi 2 dimensi atau 2D.

Tsubasa Okui, antara idola 2D yang terkenal (sumber gambar : MyAnimeList)

Mereka merupakan watak dalam permainan video di platform Playstation Portable, Nintendo Switch dan telefon pintar Android. Contohnya seperti francais ‘Uta no Prince-sama’ dan ‘Idolish7’.

Ada juga idola 2D yang muncul daripada drama CD. Mereka merakam kisah kehidupan harian beserta lagu dalam satu CD. Contohnya seperti kumpulan ‘B-Project’ dan ‘Tsukiuta’.

Ada juga yang bermula terus sebagai idola anime seperti francais ‘Idolm@ster’ dan ‘Love Live!’.

The Id@lmaster, antara anime idola yang terkenal di Jepun

Pada hari ini, idola 2D semakin dikenali dan diterima oleh masyarakat. Hal ini terbukti apabila single oleh unit Aqours dari francais ‘Love Live!’ telah menduduki tempat teratas dalam carta Oricon.

Selain itu, ada juga idola 2D yang diadaptasi ke medium pementasan drama. Contohnya seperti ‘Ensemble Stars’ dan ‘High School Star Musical’.

Menariknya, pelakon yang melakonkan watak idola 2D dikenali sebagai idola 2.5D, iaitu idola 2 dimensi dalam bentuk ‘realiti’.


Artikel ditulis oleh NIK. Beliau merupakan pelatih PROGRAM TEMAN PENA & BUKU. Kenali Nik  dengan lebih dekat lagi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *