Assalamualaikum & selamat sejahtera!
Saya harap sesiapa yang membaca blog saya berada dalam keadaan yang sihat-sihat saja InsyaAllah! Pada post kali ini saya ingin menerangkan lebih lanjut mengenai aliran proses penghasilan tenaga manusia dan bakat Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB), daripada golongan PEMINAT sampailah ke SELEBRITI. Penerangan yang tidak begitu mendalam tapi mudah untuk difahami, hahaha.
Okay! Mula-mula sekali saya nak semua orang faham, apa itu AHB.Β
APA ITU AHB???
AHB juga sama seperti sekolah mahupon agensi bakat, merupakan sebuah institusi bagi menghasilkan tenaga manusia dan bakat. Tapi uniknya tenaga manusia dan bakat yang dihasilkan oleh AHB ini ialah mereka yang boleh menghubungkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Jepun & Korea Selatan dalam pelbagai bidang TERUTAMA sekali bidang SENI & HIBURAN.
Jadi saya spesifikkan lagi kumpulan tenaga manusia dan bakat ini kepada 6 kumpulan iaitu ;
πΈ PEMINAT
πΈ PELAJAR
πΈ PELATIH
πΈ ARTIS
πΈ INFLUENCER
πΈ SELEBRITI
Ini juga bermaksud yang setiap kumpulan tenaga manusia dan bakat ini juga berbeza kaedah pengurusannya. Daripada proses penghasilan sampailah ke proses untuk dipromosikan.
Jadi saya telah menghasilkan gambarajah di bawah ini bagi memudahkan pemahaman macam mana AHB menguruskan tenaga manusia & bakat yang dah dispesifikkan.
Okay yang penting dekat sini, fokus AHB pada 5 tahun pertama ini ialah lebih kepada penghasilan dan pengurusan kumpulan PEMINAT sampailah ke kumpulan ARTIS. Jadi saya akan terangkan satu-satu mengikut kumpulan ye.
π© PEMINAT π©
Mula-mula sekali ialah kumpulan peminat. Tak kisah la kalau individu tu minat negara Jepun, negara Korea, atau rakyat Malaysia yang bangga dengan negaranya, atau minat dengan bidang seni & hiburan. Maka mereka inilah sasaran utama AHB. Jadi apa yang dibuat ialah, AHB akan mengumpulkan peminat-peminat ini dan membahagikan mereka ke dalam 4 buah group komuniti peminat di FB, mengikut minat masing-masing.
Ini ialah group komuniti yang disediakan oleh AHB, jadi kalau yang belum sertai lagi group tu, boleh la sertai ye..kalau memang berminat la, hahaha
- Group Komuniti Peminat Jepun di Malaysia
- Group Komuniti Peminat Korea di Malaysia
- Group Komuniti Peminat Malaysia
- Group Komuniti Peminat Seni & Media
Jadi selain daripada peminat dapat berkomunikasi dan berkongsi info dalam group komuniti, AHB juga akan lebih mudah untuk membuat kajian selidik bagiΒ mendapatkan data selain boleh menawarkan program dan aktiviti yang boleh dilakukan sesama peminat.
π© PELAJAR π©
AHB juga akan lebih mudah untuk mendaftarkan pelajar sekiranya peminat sudah dikumpulkan dalam satu group. Sebenarnya program dan aktiviti AHB boleh saja disertai oleh peminat tanpa perlu mendaftar sebagai pelajar. Tapi ada banyak kelebihannya apabila menjadi pelajar AHB jadi kalau peminat tu nak mendapatkan kelebihan-kelebihan tu, boleh la mendaftar sebagai pelajar AHB. Pendaftaran pelajar juga bermakna yang peminat menyokong misi & visi AHB seterusnya komited untuk menyumbang lebih lagi.
π© PELATIH π©
Setelah peminat mendaftar sebagai pelajar AHB, ianya juga memudahkan pihak AHB bagi mencari bakat yang terpendam di kalangan pelajar untuk dimasukkan ke dalam program latihan bakat yang AHB sediakan.Β Pelajar juga boleh memohon untuk memasuki program latihan bakat sebagai pelatih sekiranya mereka berhajat untuk menjadi artis yang diuruskan oleh AHB, sebagai mana yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.Β
Oh ye, selain dari mencari bakat di kalangan pelajar untuk dijadikan sebagai pelatih, AHB juga boleh mencari pelatih di kalangan peminat juga. Jadi sebenarnya seseorang itu tidak perlu mendaftar sebagai pelajar AHB hanya untuk menjadi pelatih.
π© ARTIS π©
Okay dan seterusnya ialah artis! Artis tidak semestinya ialah selebriti. Boleh baca artikel ini sebab saya ada terangkan mengenai ‘Perbezaan artis, influencer & selebritiβ. Jadi AHB bukan saja menghasil dan menguruskan peminat, pelajar & pelatih, tetapi juga kumpulan artis juga. Dan sama seperti pelatih, artis tidak perlu mendaftar sebagai pelajar AHB hanya untuk diuruskan. Ada 2 cara untuk AHB mendapatkan artis iaitu melalui Program Latihan Bakat NIJI di mana pelatih akan dilatih untuk menjadi artis ATAUPUN melalui pencarian artis-artis sedia ada di luar sana untuk mereka menyertai Kumpulan Artis NIJI. Di bawah ialah syarat untuk menjadi artis yang diuruskan AHB dan kelebihan menjadi Artis NIJI (Artis NIJI ni ialah artis AHB uruskan la, haha).
Artis yang diuruskan oleh AHB juga berpeluang untuk meluaskan legasi mereka bukan saja di Malaysia, tetapi juga di Jepun & Korea Selatan, dan seterusnya berpeluang menjadi bukan saja influencer tetapi juga selebriti.
Sebenarnya proses untuk menghasil dan menguruskan sehingga ke kumpulan influencer, lebih-lebih lagi kumpulan selebriti mengambil masa dan memerlukan ramai tenaga kerja. Jadi saya tidak masukkan kumpulan ini dalam fokus 5 tahun pertama operasi AHB. Tapi saya percaya boleh dicapai dalam masa 10 tahun lagi InsyaAllah. Berusaha-berusaha.
Maka itulah saja ringkasan proses aliran penghasilan tenaga manusia dan bakat oleh AHB yang saya boleh kongsikan dalam post kali ini! Jadi saya harap dengan perkongsian ini dapat meyakinkan ramai orang di luar sana yang AHB bukanlah akademi atau idea bisnes yang main-main, tapi memang sebuah idea bisnes yang serius dengan sistem operasi yang jelas. Okay! InsyaAllah pada masa akan datang saya berkongsikan benda lain pula ye berkaitan AHB.
Kalau rasa sangat berminat dengan idea bisnes AHB ini boleh la juga LIKE page FB AHB dan juga page saya, SIDONIA LOCKE untuk mengikuti perkembangan AHB ye. Mana tau berminat nak jadi sebahagian dari AHB juga, hehe. Jadi itu saja untuk kali ini, ASSALAMUALAIKUM π₯°