AKTIVITI & PENCAPAIAN PELAJAR

Pelajar akademi adalah bebas untuk menyertai mana-mana program dan aktiviti yang disediakan akademi. Lebih banyak program yang disertai pelajar, lebih aktif pelajar maka lebih besar sumbangan pelajar kepada akademi (selain dari sumbangan berbentuk duit).

Pelajar dibahagikan mengikut kelas. Pembahagian kelas bergantung kepada sumbangan pelajar (berbentuk duit).

Pelajar boleh “naik” kelas sekiranya mereka menambah jumlah sumbangan mereka.

Sumbangan pelajar juga diukur dari segi bilangan LIKE, SHARE dan KOMEN pelajar pada setiap post Akademi Houki Boshi.

Pelajar juga boleh menyumbang melalui tugasan.

** Senarai tugasan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pelajar-pelajar yang aktif akan menerima ganjaran pada setiap hujung tahun.