Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang mengikuti blog saya ini😄

Ini ialah post pertama saya bagi tahun 2021, Alhamdulillah Akademi Seni & Media Houki Boshi (AHB) kini sudah pon memasuki tahun ke 2 operasi. Akhirnya akademi berjaya juga melepasi tahun pertama bisnes. Dan memang betul la kata orang, tahun pertama bisnes ialah tahun yang paling mencabar sekali. Apapon saya tetap bersyukur kerana AHB mesti terus ‘hidup’, haha.
Baiklah, untuk post pertama ini saya ingin menerangkan dengan lebih terperinci mengenai AHB supaya lebih ramai dapat benar-benar memahami apakah AHB dan misi yang kami jalankan. Saya sarankan untuk anda baca terlebih dahulu maklumat-maklumat ‘MENGENAI KAMI’ supaya lebih memudahkan pemahaman apa yang akan disampaikan di bawah ini🤗
⭐️ KONSEP ⭐️
Pertama sekali, KONSEP AHB. AHB ialah sebuah akademi seni & media yang berkonsepkan ‘EDUTAINMENT’ iaitu gabungan antara Education (pendidikan) dan Entertainment (hiburan). Bermaksud, AHB ini macam sekolah..tapi bukan sekolah, macam agensi bakat..tapi bukan agensi bakat. Ini juga bermaksud yang ada sistem-sistem pada AHB yang ramai boleh kaitkan dengan sekolah dan agensi bakat. Tapi AHB bukanlah sekolah mahupon agensi bakat, tetapi gabungan antara kedua-duanya. Dan sebab itulah juga saya melabelkan AHB ini sebagai sebuah bisnes inovasi kerana masih belum ada yang menubuhkan akademi sebegini di Malaysia.

Oh ya, dan disebabkan itu jugalah, kumpulan pengurusan AHB ini saya bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu KUMPULAN PENGURUSAN INDUK (KPI) dan KUMPULAN PENGURUSAN NIJI (KPN) sebagaimana yang anda boleh lihat pada ‘Struktur AHB’. KPI ini ialah bahagian ‘sekolah’ AHB manakala KPN pula ialah bahagian ‘agensi bakat’ AHB.
Bagaimana? Genius tak konsep? Hahahaha..masuk bakul angkat sendiri pula 😜 bergurau saja..hehe
⭐️ OPERASI ⭐️
Baiklah, itu ialah konsep. Bagaimana pula dengan OPERASI. Selalunya kalau operasi sesuatu bisnes ini orang akan menyoal samada ianya beroperasi secara ONLINE atau OFFLINE, betul? Jadi bagaimana pula dengan AHB?
Baik, jadi ini ialah penerangan dari saya. AHB ialah sebuah AKADEMI VIRTUAL. Bermaksud ianya ialah sebuah akademi di alam maya. Juga bahasa mudahnya ialah, operasi AHB dilakukan secara ONLINE. Ini ialah kerana, kami masih lagi pada fasa awal penubuhan. Maka, tiada lagi sebuah bangunan di mana AHB boleh menjalankan operasi secara offline walaupun kami memang ada perancangan untuk membina sebuah akademi.

Dan inilah juga di antara keunikan AHB yang saya boleh ambil kira kerana saya mahu wujudkan satu situasi di mana, komuniti AHB yang terdiri daripada kumpulan pengurusan, pelajar, bakat, pelabur, rakan kerjasama dan usahawan dapat bekerjasama bagi membina sebuah bangunan akademi yang pada asalnya merupakan sebuah akademi virtual. Pembinaan sebuah bangunan ini merupakan misi utama AHB. Dan oleh itu, saya telah mereka sebuah program yang saya panggil sebagai PROGRAM SOKOLA yang juga merupakan ‘tulang belakang’ AHB bagi menjayakan misi utama ini.
Oh ya, walaupun saya mengatakan bahawa operasi AHB ini dilakukan secara online, ianya tidaklah bermakna yang setiap program dan aktiviti yang akan dilaksanakan dibuat 100% secara online saja. Contohnya seperti Program Edutravel. Program Edutravel ini sebenarnya ialah rombongan sambil belajar di mana pelajar AHB yang mengikuti program ini akan pergi ke sebuah tempat dan akan mempelajari mengenai tempat tersebut. Tempat itu tidak kisah la samada di Malaysia, Jepun atau Korea Selatan. Jadi secara tidak langsung, Program Edutravel ini berjalan secara ‘offline’, macam tu.

Jadi macam mana setakat ini? Secara asasnya, boleh faham mengenai KONSEP dan OPERASI AHB? Kalau tak faham boleh tulis di bahagian komen ye..takpe, benda baru macam AHB ini memang mengambil masa sikit untuk difahamkan..hehe 😁
Baik, jadi pada masa akan datang saya akan menerangkan pula mengenai misi AHB dan kaitannya dengan negara Jepun, Korea Selatan dan bidang seni hiburan. Kenapa mesti Jepun dan Korea Selatan? Dan kenapa mesti bidang seni hiburan? Mesti nak tahu kan? Jadi follow page fb saya rapat-rapat ye, sebab saya akan berkongsikan post blog di page fb juga 😄
Ah ya, dah alang-alang tu saya ingin menjemput anda semua untuk LIKE page JAPPON, GORYEO, SAHMURA & NIJI TALENT kerana page-page ini akan berkongsikan ilmu pengetahuan/info berkaitan Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan bidang seni hiburan. Ada peluang untuk memenangi hadiah menarik juga kepada mereka yang menyertai ujian penilaian yang akan dijalankan nanti. Jadi LIKE dan FOLLOW rapat-rapat okay 😊