AIN, GENERASI MUDA KAMPUNG SERKAT| PERKEMBANGAN AKADEMI #19

Assalamualaikum

Jadi ini yang berlaku pada akademi sepanjang 29/10/2020 sehinggalah 31/10/2020!🤩

Sebenarnya tidak banyak yang berlaku sepanjang 3 hari ini kerana emosi pengurus akademi masih lagi tidak stabil dek masalah telinganya yang masih tidak mahu berlalu pergi, haha😂

Tetapi di bawah ialah input best yang telah berlaku!

Perjumpaan dengan Ain pada 31/10/2020! Ain ialah lepasan SPM yang mempunyai personaliti menarik dan aktif!

Jadi apabila pengurus akademi menunjukkan draft Program JOM P PONTIAN untuk mempromosikan Pontian terutamanya kawasan Kampung Serkat ini, beliau sangat teruja untuk terlibat sama!

InsyaAllah pengurus akademi juga turut sama teruja untuk ‘melatih’ Ain secara tidak langsung untuk program ini. Akademi memang memerlukan generasi muda seperti Ain untuk sama-sama menyumbang menerusi program akademi ini.

Permulaan yang sangat baik! 🥰

Jadi itu saja input best yang boleh dikongsikan! 💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *