Beri Perhatian Pada Nilai Diri Saya | LAIN-LAIN #4

Assalamualaikum.

Sumber Gambar : https://bayart.org/

Hari ini saya sudah memuatnaik episod ke 3 KIMSHITE TV dengan tajuk, ‘KENAPA SAYA BERHENTI KERJA CIKGU SEKOLAH?’. Video ni tak panjang pon. Kurang dari 5 minit. Tahukah anda yang video berdurasi panjang ialah video yang digemari YouTube, hatta akan dijadikan sebagai ‘video cadangan (suggestion video). Itu apa yang saya belajar dalam satu video tutorial ni. Tak apalah, Saya juga masih lagi belajar bagaimana menghasilkan video yang menarik untuk YouTube. Apa lagi tujuan saya menaikkan video pada awal-awal ini ialah lebih untuk memperkenalkan diri saya.

Matlamat utama saya pada tahun ini cukup mudah. Cuma ada 2 saja, iaitu:

🔸Memperkenalkan diri saya dan AHB
🔸Belajar mengenai penghasilan video untuk channel YouTube

Tentu sekali saya ada matlamat-matlamat yang lain, tapi dua ini ialah yang paling utama.

Dengan matlamat utama ini, saya harapkan agar saya akan lebih dikenali di channel YouTube (kenapa YouTube? Sebab ianya dekat dengan bidang penyiaran. Saya mahu mengkhusus dalam bidang ini, bidang penghasilan video sebegini)

Apabila saya sudah dikenali, ianya mudah untuk saya menarik orang menyertai tim pengurusan AHB nanti.

🤨🤨🤨🤨🤨🤨🤨

Hurm..ada banyak perkara dalam fikiran saya, sampai saya tak tahu apa nak cakap. Dan ya, berdiam diri adalah pilihan yang terbaik. Emosi saya juga sebenarnya agak terganggu disebabkan sesuatu, haha

My wise words guys, do thing that matters and avoid other than that, STAY FOCUS AND WORK HARD ON THAT MATTER.

Apa yang penting pada saya skg ialah untuk terus belajar dan memperbaiki diri saya, supaya orang akan lebih yakin dengan saya, dan InsyaAllah agar saya boleh menjadi magnet kepada mereka yang terbaik untuk berada dalam network saya.

Jadi itu saja, jaga diri. Teruskan berusaha dan jangan putus asa! 💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *