9 Impian Sidonia Locke| BLOG NIA

Assalamualaikum

Sebelum ni saya ada upload video di channel Youtube saya mengenai 9 IMPIAN SAYA. In case, kalau anda belum tengok lagi, ini videonya πŸ‘‡

Maaf la ye video ada masalah audio sikit, tapi takpelah! dan kalau nak dapat pahala tu, sedekahkanlah LIKE dekat video saya tu ye..kesian, 4 likes je haha!πŸ˜‚

Jadi saya akan masukkan juga pasal impian ini dalam blog. Saja. Dan juga untuk menunjukkan betapa bersemangatnya saya untuk terus bercerita pasal impian walaupun view yang tengok tak sampai sedozen πŸ˜† Inilah namanya hati kedegak membawa terus ke jalan yang benar 😍

1. MENUBUHKAN AKADEMI SENI & MEDIA

Impian pertama ini sudah pon dicapai. Yaaa…masih menggigil lagi mengatur langkah di perjalanan yang panjang tak nampak hujungnya. Ini kiranya adalah langkah pertama saya! dan ya, sebab langkah pertama la no one is looking at me. Yeah, saya tahu yang mengendap di sebalik tembok ramai so it’s okay hahaha. Saya akan terus melangkah dan melangkah sampai yang tengah mengendap tu boleh bersorak di tepi jalan untuk saya, satu hari nanti! this is a positive brat Sidonia Loke🀩

Oh ye, cakap banyak pulak haha. Sebagai simbolik kepada AKADEMI SENI & MEDIA, saya telah memilih bangunan English Village di Paju, Korea Selatan. Kenapa?? Sila ringan-ringankan telinga mendengar video saya itu! Boleh tolong saya tambah view video! πŸ˜­πŸ˜‚


2. MENJADI CEO BISNES SENDIRI

Yang kedua ni pon sudah menjadi nyata juga. Yelah, sebab tu saya boleh run AHB skg ni, dah pon mendaftar bisnes di SSM kan? hehe

Saya akan berusaha keras, sampai saya boleh jadi seperti Bang Shi Hyuk. Mestilah dengan cara yang sendiri! Bang Shi Hyuk ialah inspirasi saya saja. No copycat okay, no good😚

Jadi, 2 daripada 9 impian dah menjadi nyata! 🀩


3. MEMPUNYAI SYARIKAT HIBURAN/AGENSI BAKAT/SYARIKAT PENGURUSAN ARTIS

Yang ini lambat lagi. Pokoknya, selagi AHB tak stabil dan boleh generate keuntungan sendiri, jangan harap la saya boleh proceed impian yang ke 3 ini. Yang mana, ini yang buat saya bersemangat untuk teruskan AHB sebab, saya kena jugak capai impian ke 3 ni.

It is my passion. I love talented people especially young boys and i want to be their best mom, teacher & manager that can bring the best out of them!


4. MENGHASILKAN PELAJAR UNTUK DILATIH SEBAGAI KUMPULAN PENGHIBUR BERTARAF ANTARABANGSA

Oh ya, ini ada sangkut paut dengan impian 1 dan impian 3, hehehehe..yelah sebelum saya boleh menghasilkan kumpulan penghibur sendiri, mestilah saya kena cari pelajar untuk dilatih kan? haaaa…AHB la yang akan mencari pelajar-pelajar untuk dilatih ini melalui program yang akan dianjurkan di bawah NIJI TALENT nanti πŸ₯° Bukan Program Latihan Bakat NIJI tau, tapi program lain hehe


5. MENGHASILKAN KUMPULAN PENGHIBUR BERTARAF ANTARABANGSA

Yang ni, bila pelajar yang akan dilatih di AHB sudah habis tempoh latihan, barulah mereka boleh ditransfer ke syarikat pengurusan artis pula untuk program latihan yang lain pula (ini kalau dekat industri KPOP disebut pelatih atau ‘trainee’). Kemudian kalau dah sedia tu, barulah mereka ni boleh dipanggil kumpulan penghibur bertaraf antarabangsa 🌼🌼

Sekali lagi, saya tak terfikir pon nak hasilkan kumpulan kpop, jpop atau mpop ye..saya juga tak sebut pon pasal kumpulan idol (idol group), saya cuma sebut kumpulan penghibur. There are a lot more into it πŸ˜‰


6. MENGHASILKAN RANCANGAN VARIETY/REALITY MEMBABITKAN ARTIS

Ya! sebab saya suka tengok rancangan variety atau reality yang membabitkan artis, lagi-lagi boygroup. Jadi saya nak hasilkan rancangan variety/reality membabitkan boygroup satu hari nanti! rancangan yang boleh buat orang gembira dan menginspirasikan ❀️❀️❀️


7. MENUBUHKAN SYARIKAT MEDIA DIGITAL

Macam syarikat PIKI, saya juga nak tubuhkan syarikat media digital saya sendiri! ada online magazine, online shop, variety show, forum..semua di bawah satu bumbung. I want that! I love creating something to entertain people!


8. MEMPUNYAI SYARIKAT PENYIARAN

Yes! ini ialah impian yang paling terbesar dan yang paling mengarut juga di kalangan adik-beradiknya yang lain, haha. Tapi nak buat macam mana..dah saya suka, saya suka TV & RADIO..saya suka filem dan muzik.. saya memang nak memiliki sebuah syarikat penyiaran supaya saya boleh reach ramai orang, untuk hiburkan mereka, gembirakan mereka, menginspirasikan mereka.

So yeah! Menggigil pon saya akan berusaha jugak sampai hujung nyawa!!!!


9. DUDUK DI KOREA SELATAN & JEPUN

Dan ini ialah impian yang terakhir, hehe.. saya bajet saya dapat tinggal di sana 10 tahun akan datang. Tapi itulah, macam yang saya cakap; “IMPIAN CUMA IMPIAN”. Jadi bermimpi saja la…free je kot bermimpi tuπŸ˜‚

Janji apa yang saya buat skg, saya akan buat bersungguh-sungguh dan terus fokus pada yang penting πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


OKAY! ITU SAJA UNTUK KALI INI!!

Saya taknak bercakap banyak pasal impian sebab, “IMPIAN CUMA IMPIAN”, benda yang hanya terjadi pada masa akan datang, yang belum tentu lagi boleh menjadi kenyataan.

Apa yang penting pada saya ialah, APA YANG SAYA BUAT SEKARANG..adakah ianya boleh buat saya gembira? adakah ianya selari dengan impian-impian saya? macam tu..itu yang penting ❀️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *