Nak Cuba Puasa Stail Jepun & Korea…Ebook Sendiri Sebagai Rujukan | LAIN-LAIN #3

Assalamualaikum.

(maaf, tajuk post ini mempunyai unsur clickbait, haha)

Pada 2018, saya ada menghasilkan sebuah ebook komigital dan ianya merupakan yang pertama dikeluarkan oleh AHB. Ebook ini bertajuk “9 DIET STAIL ORANG JEPUN DAN ORANG KOREA”. Karakter komik dilukis oleh Cyoko, hiasan grafik oleh sahabat saya iaitu Nana dan pengisiannya disediakan oleh saya. Ianya merupakan percubaan pertama akademi untuk mengeluarkan ebook sendiri.

Pada awalnya dahulu, ebook ini dijual dengan harga RM 19.99. Kemudiannya, pada tahun 2019, ebook ini dimasukkan dalam pakej pendaftaran pelajar di mana pelajar akademi yang baru berdaftar akan diberikan ebook ini secara percuma.

Sehinggalah pada Mac tahun ini, saya putuskan untuk menghentikan sementara pendaftaran pelajar, jadinya ebook ini juga terhenti sama (yang sebenarnya kepala otak saya sudah berserabut ketika itu, sebab itulah saya buat keputusan sebegitu, haha)

Okay, lari tajuk sikit tapi masih berkaitan
sumber gambar : https://www.health.harvard.edu/
 

Jadinya, IF ini ada banyak jenis. IF yang saya sedang amalkan sekarang ialah jenis 16/8, maksudnya saya akan mula ‘berpuasa’ daripada pukul 8 malam sampai ke 12 tengahari (16 jam). Kemudian saya boleh buka ‘puasa’ dan makan dengan sesedap rasanya daripada pukul 12 tengahari sampailah ke pukul 8 malam (8 jam). Macam tu..faham kan?

🌞🌞🌞🌞🌞🌞🌞

Maka, nak dijadikan cerita. Saya telah mengalami kena**kan be*** badan yang agak mendadak sejak awal Ramadhan yang lepas. Jadi biasalah, bila dah naik, mestilah nak kena turunkan, betul tak?hahaha. Oleh itu, saya tiada pilihan lain melainkan melakukan D-I-E-T.

Dan alang-alang sudah mahu berdiet, mengapa tidak saya gunakan peluang ini untuk berkongsikan juga mengenai pengisian ebook pertama akademi tadi….mengapa tidak saya banyakkan juga bercerita mengenai makanan Jepun dan Korea yang sihat dan boleh dimasukkan dalam menu diet masyarakat Malaysia (terutama sekali yang minat Jepun dan Korea tu)..what a genius🤪

Jadi itulah dia! Mulai skg saya akan berkongsikan juga perjalanan saya dalam berdiet IF stail Jepun & Korea!! Jika berjaya, mungkin saya boleh keluarkan ebook ke 2? hihi..InsyaAllah..bagi saya amalkan dulu 🤩

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *