7 SEBAB KENAPA SAYA SUKA SARAWAK |SELAMAT HARI SARAWAK! #5

Assalamualaikum

SELAMAT HARI SARAWAK kepada semua orang Sarawak!!!! ❤️❤️ Hehe..tiba-tiba saya rindu nak makan masakan Sarawak, ikan pansuh. Itulah antara makanan kesukaan saya semasa berkhidmat sebagai seorang guru sekolah selama 6 tahun dulu di Sarawak.

Saya mungkin tidak berapa vokal tentang ini, tapi setiap hari pon saya rindu Sarawak. Rindu tempat-tempatnya, rindu orang-orangnya, rindu semua la. I really enjoyed my time when i was in Sarawak. Honestly it was the best time in my life.

Tak saya nafikan dulu masa pertama kali mendapat tahu yang saya kena mengajar di Sarawak, mahu patah hati haha. Yelah, kena berpisah dengan keluarga kan. Tapi selepas saya mula menjalankan kehidupan di sana, saban tahun, semakin saya senang dengan Sarawak.

Sampaikan saya sanggup menyewa rumah di bandar Sibu, yang mana jauh dari tempat saya mengajar, semata-mata sebab saya dah merancang mahu tinggal di Sibu selepas berhenti kerja.

Tapi itulah, kita cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya terpaksa juga balik semula ke kampung halaman di Johor selepas berhenti kerja. Sejujurnya kalau takde sebab yang kuat, saya memang taknak balik, Sarawak best >3<


Okay la, berhenti cerita sedih, sebab benda dah jadi haha. Apapun saya takkan lupakan semua kenangan sepanjang saya di Sarawak. Honestly, Sarawak is the best state of Malaysia! Saya bangga dapat berkhidmat untuk anak-anak Sarawak!

Baiklah, sebelum saya menamatkan blog ini, di bawah saya senaraikan 7 SEBAB KENAPA SAYA SUKA SARAWAK!


1. SEMANGAT KENEGERIAN YANG TINGGI

Ini sebab utama yang buat saya mula tertarik dengan orang Sarawak. Orang-orangnya sangat bangga jadi Sarawakian. I really admired that. Mengingatkan saya pada orang Jepun & orang Korea yang juga ada semangat patriotisme yang tinggi. I wish more Malaysian can see how much Sarawakian love Sarawak cos it’s really beautiful ❤️

2. SANGAT BERBAKAT DALAM BIDANG SENI

Orang Sarawak sangat ramai yang berbakat dalam bidang seni! Di tempat saya mengajar dulu, iaitu di Song, Sibu. Nak dikatakan hampir semua orang suka menyanyi DAN suara mereka pon sedap-sedap belaka. Lepas tu di sekolah saya mengajar juga ramai pelajar yang pandai melukis, menari, berlakon, yang pandai makeup, buat kraftangan..semualah! Sebagai seorang yang jugakan seni, kembang kuncup la hati saya kegembiraan, hahaha

3. BERSEDERHANA

Orang Sarawak sangat bersederhana. I love that the most too. Takde unsur berlebihan-lebihan pon. Contoh kalau bab masakan, ramuan yang mereka gunakan takdelah banyak. Ramuan yang mudah nak cari dan selalu guna bahan-bahan semulajadi. Their simplicity is what makes them beautiful in my eyes.

4. TIADA MASALAH PERKAUMAN

Sebagai seorang yang sangat berminat dengan kaum lain, saya suka tengok pergaulan orang Sarawak yang pelbagai kaum. There is no racist at all. Suasana pergaulan pelbagai kaum di Sarawak sangatlah harmoni. Kalau di kedai makan contohnya, orang melayu, cina, india, iban atau kaum lain boleh makan satu meja tanpa prejudis. It just fun. I really love that kind of atmosphere. Saya juga seronok dapat berkawan dengan ramai orang-orang bukan melayu di sana. One of my dreams came true, hihi.

5. LEMAH-LEMBUT DAN BERSOPAN

Orangnya sangat lemah-lembut dan bersopan-santun!!! Mereka juga sangat hormat dengan orang luar. Merendah diri. Saya sangat senang berkawan dengan mereka. Tak pernah ada konflik.

6. TAK LUPA ASAL-USUL

Pada pendapat saya, orang Sarawak sangat terbuka dengan budaya luar tapi mereka tak pernah lupa dan masih bangga dengan adat tradisi sendiri. Contoh! Macam pelajar-pelajar saya yang rata-rata berbangsa iban, mereka suka muzik kpop dan barat, tapi mereka juga suka dengan penyanyi-penyanyi iban juga. Menyanyi lagu-lagu mereka. Dan saya tak pernah dengar pon mereka mengkritik penyanyi iban. Nampak point saya?

7. SIHAT & CANTIK

Majoriti orang-orang di Sarawak sihat, cantik, kacak dan pandai bergaya. Macam yang saya ada sebut di atas, mungkin sebab mereka bersederhana dalam apa yang mereka buat, termasuk dalam makanan. Jadi ramai orang-orangnya yang slim, badan ketak-ketak umpama model hahaha. Serius. Cantik dan sihat semulajadi. It’s really admirable. Siapa tak suka sesuatu yang cantik, betul tak? hehe


Jadi itulah dia 7 sebab kenapa saya suka Sarawak! ❤️ Saya sangat bersyukur sebab Allah hantar saya menimba pengalaman di Sarawak ; Sarawak sebenarnya adalah negeri di Malaysia yang pada saya adalah yang paling hampir dengan Jepun & Korea Selatan, DAN sebenarnya orang-orang Sarawak ini juga memberikan saya inspirasi untuk membangunkan AHB sebab mereka ada sesuatu yang boleh dicontohi dan dipraktiskan oleh rakyat Malaysia secara umumnya. Mungkin saya akan huraikan mengenai ini di post saya yang lain, hehe.

Setelah bertahun-tahun barulah saya faham kenapa orang Sarawak sangat bangga menjadi orang Sarawak. They are really best people, indeed.

Sekali lagi saya ucapkan, SELAMAT HARI SARAWAK!!! Saya sayang Sarawak ❤️❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *