[ARTIKEL] 7 Sebab Kenapa Anda Kena Melabur Dalam Akademi Houki Boshi..Nombor 7 Paling Mengujakan! | NIA BLOG |#13

1. TERLIBAT SECARA TIDAK LANGSUNG MEMPROMOSIKAN MALAYSIA KE NEGARA JEPUN & KOREA SELATAN

Sekiranya anda ingin melabur bersama AHB, anda perlu mendaftar sebagai pelajar AHB. Oleh itu, anda juga secara tidak langsung terlibat sama dalam usaha mempromosikan Malaysia ke negara Jepun & Korea Selatan! Ianya juga kerana wang yang anda laburkan dapat menyokong operasi AHB untuk melaksanakan 7 cara yang sudah dirancang. Wang yang anda laburkan juga dapat digunakan untuk membayar tenaga manusia yang menggerakkan operasi AHB dan menyokong bakat-bakat dalam NIJI TALENT.

2. MEMBERIKAN BANYAK PELUANG PEKERJAAN KEPADA MEREKA YANG BERMINAT 

Buat pengetahuan, akademi mempunyai 4 buah kelab dan sebuah kumpulan bakat. Setiap kelab mempunyai program dan aktiviti yang akan dijalankan DAN projek-projek akan ditawarkan kepada ahli kumpulan bakat. Namun, ini semua hanya boleh dijalankan apabila ada peruntukan kewangan hasil dari pelaburan pelajar. Peruntukan kewangan inilah yang membolehkan pihak AHB membayar tenaga kerja yang akan menguruskan program dan aktiviti serta membayar ahli kumpulan bakat setelah mereka menyiapkan projek. Ini juga bermaksud AHB dapat memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang. Dan nak tahu apa yang menariknya? ‘Ramai orang’ itu bukanlah orang lain juga, tetapi pelajar AHB sendiri! Maksudnya, pelajar bukan saja mengeluarkan duit untuk melabur dalam AHB, tetapi mereka juga berpeluang untuk mendapat duit juga sekiranya mereka terlibat dalam pengurusan program, aktiviti mahupon projek AHB! Bagaimana? dah pening? Takpa, nanti saya akan terangkan lebih terperinci dalam post yang lain ya 😁 Tapi setakat ni menarik tak??🀩 

3. MENGHASILKAN LEBIH BANYAK KONTEN MEDIA MENARIK DAN BERMUTU TINGGI 

Apabila sudah ada banyak peruntukan kewangan hasil daripada pelaburan pelajar ini, maka AHB boleh menghasilkan konten media yang lebih menarik dan bermutu tinggi lagi! Bayangkan begini, buat masa sekarang hanya ada seorang saja yang menghasilkan konten video di channel youtube JAPPON TV . Jadi kualiti konten yang dihasilkan juga tidaklah begitu hebat memandangkan orang yang sama juga yang menghasilkan konten di akaun sosial AHB yang lain. Tetapi bagaimana jika AHB dapat menubuhkan kumpulan produksi sendiri ala MTAS kerana mempunyai peruntukan kewangan yang banyak. Tentu sekali kualiti konten yang akan dihasilkan adalah jauh lebih baik dan grand! Betul? 😁 Sekiranya AHB sudah ada ramai tenaga kerja dan dapat menghasilkan konten yang lebih menarik, bukankah visi AHB akan lebih mudah tercapai? 🀩

4. MENYOKONG MEREKA YANG BERBAKAT MENGEMBANGKAN POTENSI YANG MEREKA ADA KE PERINGKAT LEBIH TINGGI  

Ini sepertimana yang sudah saya terangkan di point nombor 2 di atas. Apabila AHB sudah ada peruntukan kewangan hasil dari pelaburan pelajar, maka AHB boleh menerbitkan banyak projek-projek yang boleh diberikan kepada ahli kumpulan bakat NIJI TALENT dan sekaligus mampu untuk membayar mereka juga. Ini bukan saja untuk menyokong mereka yang berbakat, tetapi juga boleh membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, penghasilan projek komik dwi bahasa (Bahasa Malaysia-Bahasa Jepun atau Bahasa Malaysia-Bahasa Korea) sudah tentu juga boleh menarik peminat dari Jepun dan Korea Selatan. Betul? πŸ˜‰

5. MELUASKAN PELUANG UNTUK MEMASARKAN PRODUK MALAYSIA KE JEPUN & KOREA SELATAN  

Ini juga ialah merupakan kerjasama antara AHB dan juga kedai online IIKANJI. Buat masa sekarang, apa yang boleh dibuat ialah dengan mempromosikan produk tempatan, Jepun & Korea Selatan kepada pasaran tempatan. Tetapi apabila AHB sudah mempunyai peruntukan kewangan yang banyak, kita bukan saja boleh membawa barangan Malaysia untuk dipasarkan di Jepun dan Korea Selatan, malah dapat juga menghasilkan produk keluaran AHB sendiri yang boleh dipasarkan ke Jepun dan Korea Selatan. Tentu sekali produk yang dihasilkan juga bertemakan Malaysia! πŸ₯°

Sekali lagi, peruntukan kewangan yang banyak juga membolehkan kedai online IIKANJI untuk membentuk pasukan mereka sendiri, jadi operasi mereka juga akan lebih laju 😁

6. MENGAKTIFKAN PROGRAM/AKTIVITI PERTUKARAN BUDAYA ANTARA MALAYSIA DENGAN JEPUN & KOREA SELATAN  

Ini merupakan program-program di bawah kelab seperti program edutravel dan program latihan pekerjaan di mana ianya dibuat di Jepun dan Korea Selatan. Sememangnya program seperti ini memerlukan bajet yang tinggi, apa lagi aktiviti-aktiviti program juga memerlukan penggunaan alatan dan bahan yang berkos agak tinggi. Contohnya, permainan atau alat muzik tradisional Malaysia yang akan digunakan dalam program edutravel. Jadi, peruntukan kewangan pelabur bukan saja dapat menampung bayaran tenaga manusia yang akan menguruskan program-program tersebut, tetapi juga dapat membeli alatan & bahan program yang boleh dijadikan aset AHB. Oleh itu, program sebegini dapat dijalankan dengan lebih aktif lagi! 🀩

7. MEMBINA SEBUAH PUSAT ONE STOP CENTRE KEPADA SEMUA PEMINAT JEPUN DAN PEMINAT KOREA 

Ini ialah sebab utama kenapa anda kena melabur dalam AHB! 🀩 Saya pasti, rata-rata anda yang berminat dengan misi dan visi AHB juga merupakan seorang peminat Jepun atau peminat Korea atau peminat kedua-dua negara itu, bukan?? Hehe..Jadi sebagai peminat, bukankah idea untuk menubuhkan pusat one stop centre untuk peminat Jepun & Korea ini mengujakan?? Bayangkan di sebuah bangunan ini, anda boleh makan di restoren makanan Jepun & Korea, dan selepas itu pula membeli-belah di kedai baju fesyen Harajuku atau Gangnam di sebelah restoren itu, sebelum menonton wayang filem-filem Jepun & Korea di tingkat atasnya. Segala-galanya dalam bangunan itu adalah khas untuk peminat Jepun & Korea! Syoknya! Saya juga pasti, orang Jepun & orang Korea yang menetap di Malaysia juga akan sukakan tempat tersebut, malah akan menarik perhatian pelancong dari sana juga. 

Jadi, kalau kita nak tengok ramai orang Jepun & Korea ini, boleh terus ke tempat itu saja. Untung nasib, mana tahu boleh buat kawan atau keluarga angkat orang Jepun atau Korea dekat situ kan..hehe..Jadi macam mana?? MENGUJAKAN TAK?? 🀩 Jadi sebab itulah anda kena melabur dalam AHB k, hehe πŸ₯°


Jadi inilah 7 sebab kenapa anda kena melabur dalam AHB! Haha..seronok pula saya menulis artikel ini😁 Setakat ini bagaimana? Adakah anda berminat untuk melabur bersama AHB?? Adakah anda masih perlukan lebih penjelasan mengenai hal-hal pelaburan ini? Boleh, boleh..saya pasti anda ingin tahu pula bagaimana anda boleh melabur dalam AHB bukan? Jadi pada artikel akan datang, saya akan terangkan pula ‘7 LANGKAH BAGAIMANA ANDA BOLEH MELABUR DALAM AHB’ ya! Tunggu! Fun and exciting stuff coming your way, InsyaAllah! 

Sehingga itu, jaga diri dan sentiasa gembira-gembira selalu ya. Saya doakan anda yang membaca artikel ini sentiasa dilindungi oleh-Nya selalu InsyaAllah. Sekiranya anda sedang bertungkus-lumus mengejar impian, seperti saya, saya doakan juga agar Allah memberikan anda kekuatan dalam setiap usaha. Life is hard but you must be harder! Perkara terhebat pasti akan datang kepada anda sekiranya anda kuat bertahan dengan cabaran. Jadi jangan mudah berputus-asa! Bye, assalamualaikum 😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *