7 Sebab Kenapa Anda Kena Melabur Dalam Akademi Houki Boshi..Nombor 7 Paling Mengujakan! | PERKEMBANGAN AKADEMI

Assalamualaikum

Jom melabur di dalam AHB! 

Hahaha..maaf tiba-tiba teruja๐Ÿ˜†Maklumlah, AHB baru saja selesai melalui proses rebranding setelah masuk bulan ke 6 beroperasi. Kini AHB sedang bersedia dengan bahan-bahan untuk mencari pelabur pula! Alhamdulillah, Alhamdulillah๐Ÿ˜„ Tapi izinkan saya menerangkan sedikit mengenai terma ‘pelaburan’ ini, agar anda semua boleh kaitkan dengan apa yang akan saya kongsikan mengenai pelaburan di dalam AHB nanti! ๐Ÿคฉ


Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?

Pelaburan bermaksud, ‘Menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.’ Ianya juga boleh membawa maksud, ‘Pertukaran wang kepada aset dengan harapan aset itu akan menghasilkan pendapatan serta memperoleh pertambahan nilai pada masa depan’. 

melabur
Sumber Gambar : https://theculturetrip.com/

Jadi, adakah anda faham maksud pelaburan berdasarkan kepada apa yang saya tulis di atas setakat ini? Kalau faham bagus, hehe..tapi kalau tak faham juga, takpa! saya akan berikan contoh yang lebih dekat dengan kehidupan seharian kita supaya lebih mudah faham๐Ÿ˜

Saya beri contoh SEKOLAH. 

Ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah kerana mereka percaya, sekolah boleh menjadikan anak mereka berpendidikan. Dengan harapan, apabila sudah habis sekolah, anak mereka boleh mendapat pekerjaan yang bagus agar di akhirnya anak mereka boleh memberi duit serta menjaga mereka apabila sudah tua. Betul? Jadi ini juga adalah satu bentuk pelaburan!๐Ÿ˜„

melabur
Sumber Gambar : http://www.astroawani.com/

Ibu bapa melabur, mengeluarkan banyak duit kepada pihak sekolah kerana mereka percaya sekolah boleh membantu menjadikan anak mereka, orang yang pandai. Jadi di sini, ibu bapa adalah pelabur! nampak?? sekolah pula adalah tempat mereka melabur, manakala anak mereka pula ialah aset. Kenapa saya cakap aset? kerana anak inilah yang akan memberikan pulangan duit kepada ibu bapa apabila mereka sudah bekerja.  

Memang itulah apa yang setiap ibu bapa harapkan, betul?? Ibu bapa ini sanggup mengeluarkan banyak duit kerana mereka mahu anak mereka memberi mereka duit juga apabila sudah bekerja nanti. Atau paling kurang dapat menjadi orang yang baik supaya boleh menjaga mereka apabila sudah tua nanti. 

Dan cuba tengok pula jangkamasa pelaburan ibu bapa ini sebelum anak mereka (aset) boleh memberikan duit kepada mereka. Lagi lama anak-anak disekolahkan (ke peringkat lebih tinggi), maka lagi banyak la duit yang mereka boleh dapat dari anak mereka nanti, InsyaAllah. Pelaburan ini mengambil masa 11 tahun ke 17 tahun juga sebelum ibu bapa boleh mendapat pulangannya. Tempoh yang sangat lama, tapi adakah berbaloi kepada ibu bapa? InsyaAllah kalau anak tak kedekut dan bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka, makanya berbaloilah pelaburan mereka selama ini, hehe.

Saya harap anda boleh faham dengan contoh konsep pelaburan sekolah yang saya terangkan di atas ini. ๐Ÿ˜‰

Baik, jadi sekarang saya ingin menerangkan konsep pelaburan di dalam AHB ini pula! ๐Ÿ˜

Sekiranya anda setuju, suka atau yakin dengan 7 cara yang AHB guna untuk mempromosikan Malaysia berteraskan Dasar Pandang Ke Timur sepertimana yang saya terangkan dalam artikel sebelum ini, jadi saya dengan merendah dirinya ingin menjemput anda untuk menjadi pelabur AHB! ๐Ÿคฉ

Jika konsep pelaburan di sekolah tadi ialah di mana ibu bapa sanggup melabur kerana percaya sekolah boleh menjadikan anak mereka aset. Ini sedikit berbeza dengan konsep pelaburan di AHB di mana anda sendiri boleh mendaftar sebagai pelajar AHB untuk melabur, sekiranya anda berminat dengan 7 cara AHB atau percaya yang AHB boleh menjayakan misi dan visi yang telah ditetapkan! ๐Ÿคฉ

InsyaAllah saya akan terangkan lagi perincian mengenai pelaburan di AHB dalam post yang lain ya, hehe. Dalam post ini saya ingin menerangkan 7 SEBAB KENAPA ANDA KENA MELABUR DALAM AHB! Diharapkan selepas membaca post ini, anda akan lebih yakin untuk melabur bersama kami! ๐Ÿ˜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *