Assalamualaikum

Alhamdulillah, kalau sebelum ini saya ada menerangkan ‘7 SEBAB KENAPA ANDA KENA MELABUR DALAM AKADEMI HOUKI BOSHI‘ dalam artikel saya sebelum ini. Kali ini saya akan berkongsikan mengenai 7 Langkah Bagaimana Anda Boleh Melabur Dalam AHB pula!
Suka saya ingatkan yang anda tidak perlu mengikuti kesemua 7 langkah di bawah hanya untuk melabur di dalam AHB ya! Anda boleh pilih mana-mana langkah yang bersesuaian dengan diri andaπ InsyaAllah saya akan terangkan juga dalam bentuk video supaya lebih mudah untuk difahami. Jadi tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apakah langkah-langkah itu! π€©

1. MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR AHB
Langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk melabur di dalam AHB ialah dengan mendaftar sebagai pelajar AHB!π Suka saya sampaikan yang ini juga merupakan langkah WAJIB jika anda berminat menjadi pelabur AHB, sebagaimana yang pernah saya terangkan dalam artikel saya yang lepas :
Jika konsep pelaburan di sekolah tadi ialah di mana ibu bapa sanggup melabur kerana percaya sekolah boleh menjadikan anak mereka aset. Ini sedikit berbeza dengan konsep pelaburan di AHB di mana anda sendiri boleh mendaftar sebagai pelajar AHB untuk melabur, sekiranya anda berminat dengan 7 cara AHB atau percaya yang AHB boleh menjayakan misi dan visi yang telah ditetapkan!
Petikan dari artikel : 7 Sebab Kenapa Anda Kena Melabur Dalam Akademi
Jadi, sekiranya anda berminat untuk melabur di dalam AHB, anda boleh mulakan langkah pertama dengan mengisi borang pendaftaran pelajar ini yaππ
Sedikit penerangan, pada borang pendaftaran ini anda akan diberi 5 pilihan kelas dengan harga yuran berbeza. Anda boleh memilih mana-mana kelas mengikut kemampuan anda. Jika anda pilih kelas HARAPAN, maka yuran pendaftarannya ialah RM 44.99 saja. Yuran pendaftaran ini hanya dibayar SEKALI, dan inilah modal pelaburan anda yang pertama! π₯°
Langkah pertama ini juga boleh dikatakan sebagai sumbangan dan tanda sokongan anda kepada AHB, DAN anda berminat untuk melihat perkembangan kerja AHB SEBELUM anda boleh melabur dengan lebih banyak lagi. π
2. MENYERTAI MANA-MANA KELAB PEMINAT
Apabila anda rasa yakin setelah melihat perkembangan kerja AHB, barulah anda boleh ke langkah yang ke 2 iaitu, dengan menyertai mana-mana kelab peminat!
Kelab yang sedang dan akan diperkenalkan pada tahun ini ialah Kelab Peminat Jepun, Kelab Peminat Korea & Kelab Peminat Malaysia.
Setiap kelab peminat ini mempunyai yuran bulanannya. Ini bermakna ahli kelab akan membayar yuran setiap bulan.
Namun, suka saya ingatkan, wang yang dibayar pelajar bukan sekadar yuran bulanan kelab semata-mata TETAPI juga merupakan ‘simpanan’ dan ‘pelaburan’ pelajar.
SIMPANAN :
Yuran yang dibayar oleh pelajar setiap bulan akan disimpan dan akan dikumpul setiap bulan. Yuran yang terkumpul ini boleh digunakan oleh pelajar itu untuk menyertai mana-mana program yang dianjurkan kelab berkenaan.
PELABURAN :
Yuran yang dibayar oleh pelajar setiap bulan akan digunakan untuk membiayai operasi AHB. Ianya akan dipotong dari simpanan pelajar. Walaupun simpanan pelajar berkurangan namun jumlah pelaburan pelajar akan bertambah.
3. MENYERTAI MANA-MANA PROGRAM KELAB
Anda juga dianggap pelabur AHB dengan mengikuti mana-mana program kelab! Menarik bukan?? Ini kerana setiap program ini juga mempunyai yuran penyertaan dan memerlukan penglibatan aktif pelajar. Jadi pelajar bukan saja melaburkan duit untuk menyertai program, tetapi juga melabur tenaga dan masa untuk menjayakannya.
Ini ialah 3 buah program yang akan dijalankan di bawah kelab peminat :
π» PROGRAM EDUTRAVEL
π» PROGRAM EDUTRAVEL 2.0
π»PROGRAM LATIHAN PEKERJAAN
π»PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI
4. MENYERTAI KUMPULAN BAKAT NIJI
Ini khas kepada pelajar yang memang berbakat dalam bidang seni seperti lukisan komik, nyanyian, tarian dan sebagainya. Mereka ini juga boleh melabur dengan menyertai Kumpulan Bakat Niji di mana mereka akan menunjukkan hasil kerja mereka. Pulangannya bukan saja mereka akan dipromosikan, tetapi juga mereka boleh mendapat menjana pendapatan melalui projek-projek yang bakal ditawarkan oleh AHB!
Selalunya ahli kumpulan ditarik secara rekruit sekiranya memang berbakat dalam bidang seni. Tetapi pelajar yang berminat juga boleh memohon untuk menyertai kumpulan ini. Seandainya permohonan mereka ditolak walaupun berpotensi, mereka akan ditawarkan untuk menyertai Program Latihan Bakat NIJI bagi melatih bakat yang mereka ada.
5. MENYERTAI PROGRAM LATIHAN BAKAT NIJI
Ini juga ialah satu bentuk pelaburan kepada pelajar AHB yang berminat dalam bidang seni. Dalam program ini mereka akan diberikan pelbagai aktiviti yang boleh mencungkil dan mengasah bakat yang mereka ada. Tempoh latihan adalah bergantung kepada kesediaan pelajar DAN mereka akan ditawarkan untuk memasuki Kumpulan Bakat NIJI sekiranya mereka sudah benar-benar bersedia.
Program ini ialah program berbayar.
6. MENYERTAI PROGRAM KUMPULAN PENGURUSAN HOUSHI
Ini pula program khas kepada pelajar yang ingin melabur dengan melakukan kerja-kerja pengurusan AHB seperti admin, penulis, promoter dan sebagainya. Pulangannya, pelajar bukan saja boleh membuat pendapatan sampingan, tetapi juga mereka berpeluang untuk menyertai kumpulan pengurusan AHB sebagai pekerja tetap.
Mereka yang berminat boleh memohon melalui borang dan program ini adalah percuma saja.
7. MENYERTAI PROGRAM USAHAWAN IIKANJI
Ini ialah program kerjasama dengan kedai online IIKANJI yang boleh diikuti oleh pelajar yang mempunyai produk perniagaan (samada sebagai ejen atau pemilik perniagaan) untuk dipromosikan bersama. Ini juga boleh menggalakkan aktiviti keusahawan di kalangan pelajar selain menyokong usahawan tempatan.
Ianya juga adalah bentuk pelaburan yang pelajar boleh lakukan! π
Jadi itulah dia 7 langkah yang anda boleh pilih untuk melabur bersama AHB! Apapun, langkah pertama ialah langkah wajib yang anda perlu lalui sebelum boleh melabur dengan lebih banyak lagi. DAN saya akui setiap langkah ini juga perlu diterangkan dengan lebih terperinci lagi, tapi takpa! Saya pasti akan terangkan dalam artikel-artikel yang akan datang, jadi, tunggu!
Walaupun begitu, saya sangat menghargai jika anda dapat terus melakukan langkah yang pertama sekiranya anda berminat dengan misi dan visi AHB. Lagipon ianya hanya sekali bayaran, malah anda hanya perlu mengeluarkan modal serendah RM 44.99 saja untuk dalam langkah ini.
Langkah pertama ini juga dapat menaikkan semangat saya untuk membangunkan AHB, seolah-olah di belakang saya ada ramai orang yang menyokong π
Walau apa pon, saya akan terus berusaha untuk menarik minat anda semua untuk melabur di dalam AHB melalui 7 cara yang saya terangkan sebelum ini. Saya akan buktikan kesungguhan saya demi visi dan misi AHB! BERUSAHA! π€©πͺ