Assalamualaikum
DASAR PANDANG KE TIMUR. Jika anda ada membaca blog saya sebelum ini iaitu ‘7 Cara Baru Macam Mana Kita Boleh Menghubungkan Malaysia, Jepun & Korea Selatan’, pasti anda perasan yang saya ada menyebut beberapa kali mengenai Dasar Pandang Ke Timur. Jadi dalam post kali ini saya ingin berkongsikan 7 fakta mengenai Dasar Pandang Ke Timur ini agar ianya akan lebih mudah difahami dan dihayati oleh ramai orang lagiπ

1. DPKT diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Dasar Pandang Ke Timur (DPKT) telah mula diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982 semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
2. Mengambil contoh-contoh dan teladan terbaik negara Jepun & Selatan

Dasar ini bermakna, pihak kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea Selatan dan mengubahsuaikan ia mengikut keadaan di Malaysia.
3. Bertujuan untuk meninggikan prestasi dan memajukan negara

πΈMeninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini.
πΈMewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk menunjukkan kemajuan negara.
4. Mempunyai lebih dari 6 fokus

Perkara-perkara yang lain perlu ditumpukan ialah:
πΈ kerajinan dan disiplin bekerja
πΈkesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja
πΈ keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri
πΈ tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality)
peningkatan kecekapan
πΈpengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am
πΈsistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek
πΈdan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita1.
1 Dipetik dari Pekeliling Jabatan Perdana Menteri mengenai dasar dasar baru Kerajaan bertarikh pada 28hb Jun 1983.
5. Merapatkan hubungan Malaysia dengan negara Jepun dan Korea Selatan dalam bidang-bidang tertentu

Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan perdana menteri Jepun, Encik Nakasone dan presiden republik Korea Selatan, Encik Chun Doo Hwan pada tahun 1983 telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar Pandang Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara itu terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan-latihan teknikal dan akademik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.
6. Pegawai dan pelajar mula dihantar ke Jepun & Korea Selatan

Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut.
Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-
πΊ Perubahan Struktur
πΊ Perubahan Sikap
πΊ Latihan dan Kursus
Perubahan Struktur
π’ Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
π’ Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
π’ Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
π’ Konsep Pejabat Terbuka
π’ Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
π’ Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Perubahan Sikap
π‘ Perkhidmatan Cemerlang
π‘ Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
π‘ Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)
Latihan dan Kursus
Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah seperti berikut:
β«οΈ Latihan Perindustrian dan Teknikal
Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.
β«οΈ Program Pengajian Akademik
Tujuan program ini adalah untuk member peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.
β«οΈ Program Pengajian Teknikal
Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar – pelajar lepasan SPVM dan Politeknik.
β«οΈ Program Kemajuan Eksekutif
Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea.
Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan yang diberikan dalam program ini ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am.
β«οΈ Hubungan di antara Institusi-institusi
Program ini bertujuan untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.
β«οΈ Skim Latihan Pembangunan Usahawan
Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahawan bumiputra terhadap idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga mereka. Program ini juga
memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang ‘business contacts’ dengan rakan-rakan perniagaan di sana.
Sumber Maklumat : https://www.pmo.gov.my/
7. DPKT masih lagi relevan pada abad ke-21

Di bawah ialah petikan dari sebuah artikel yang saya ambil di website www.freemalaysiatoday.com pada tahun lepas dan ditulis oleh saudara, Encik Adam Abu Bakar.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkannya pada 1982 masih lagi relevan di abad ke-21 dalam pembentukan pemimpin masa depan.
Beliau berkata nilai-nilai murni rakyat Jepun dan Korea Selatan seperti disiplin, penekanan kepada kualiti, mempraktikkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian, keutamaan kepada kehidupan bermasyarakat dan kesetiaan kepada negara adalah resipi kejayaan 2 negara maju itu.
βWalaupun hampir 37 tahun namun masih relevan hingga hari ini,β katanya di pelancaran Sekolah Pemimpin Masa Depan (MFLS) di Universiti Malaya hari ini.
βKejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dibudayakan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.β
Alhamdulillah! Jadi itu saja 7 fakta mengenai Dasar Pandang Ke Timur yang anda kena tahu! Ada belajar sesuatu? Kalau ada, jangan lupa kongsikan artikel ini di akaun sosial anda yaπ
Adakah anda peminat Jepun dan Korea Selatan seperti saya? Jika ya, mesti anda sedikit sebanyak suka dengan idea untuk memajukan negara menggunakan Dasar Pandang Ke Timur ini, betul tak? Jika suka, maka sama-samalah menyokong usaha AHB ya, kerana AHB adalah sebuah bisnes inovasi yang menggunakan DPKT sebagai teras operasi.
Jika dilihat kepada perkongsian saya seperti di atas, bidang seni dan media ini masih lagi belum diterokai potensinya dalam memajukan negara menggunakan DPKT sebagai teras, jadi sebab itulah saya memanggil AHB ini sebagai bisnes inovasiπ Seandainya anda juga meminati bidang seni dan media seperti saya, anda MESTI, WAJIB, MANDATORI untuk menyokong AHB okay! hehe